00:00Kapasiti Hospital Sibu bakal dipertingkatkan menerusi pembinaan blok tambahan merangkumi 288 gatil selain peluasan perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran bagi
00:11memenuhi keperluan kesihatan penduduk di wilayah itu.
00:15Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, permohonan projek berkenaan telah diangkat semula untuk pertimbangan di bawah Rolling Plan
00:22ketiga, Rancangan Malaysia ke-13, RMK13 secara kerja awalan.
00:29Ujarnya, keputusan itu dibuat Kementerian Ekonomi bagi membolehkan kerja awal dilaksanakan termasuk penyiasatan tanah bagi mendapatkan reka bentuk yang sesuai
00:38berikutan masalah tanah lembut di kawasan hospital berkenaan.
00:42Hanifah berkata pelaksanaan kerja awalan itu akan menentukan kos projek dengan lebih tepat sebelum permohonan pelaksanaan keseluruhan projek dikemukakan.
00:52Blok tambahan ini akan meningkatkan kapasiti dan mengembangkan perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran setara hospital pakar negeri dengan skop merangkumi
01:02blok klinikal dengan penambahan sebanyak 288 katil,
01:07blok kuartas 46 unit, blok sokongan termasuk tempat letak kereta, perolehan peralatan dan komponen ICT dan tambahan perjawatan baru.
01:20Hanifah menjawab soalan ahli Parlimen Sibu Oskar Ling berhubung status terkini cadangan pembinaan bangunan baharu hospital Sibu,
01:28perancangan pelaksanaannya serta tempoh pembinaan dan keperluan bangunan itu dalam menanggani kesesakan serta meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan.
01:37Beliau berkata, projek itu juga dijangka membantu mengatasi kesesakan di WAD serta jabatan kecemasan dan trauma selain menaik taraf klinik
01:46pakar serta menambah baik fasiliti perkhidmatan wanita dan kanak-kanak termasuk kemudahan rawatan kritikal,
01:52Dewan Bedah dan Dewan Bersalin.
01:54Sementara itu, Hanifah Hajar berkata, hospital Sibu telah menerima peruntukkan berjumlah RM27.6 juta bagi kerja pembaikan naik taraf dan
02:03perolehan peralatan sepanjang tempoh 2023 hingga 2025.
02:09Antara projek yang telah dilaksanakan termasuklah pemasangan sistem bekalan kuasa terpencil IPS bagi Dewan Bedah dan naik taraf bangunan untuk
02:17perkhidmatan pengimejan resonans magnetik MRI.