• 3 minutes ago
Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber, UPM, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain menegaskan platform digital perlu menjadi benteng pertama membendung penipuan dalam talian, dengan sokongan penyedia komunikasi dan institusi perbankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Platform digital perlu memainkan peranan sebagai benteng pertama dalam membendung penipuan dalam talian sebelum mangsa diperdaya sehingga melakukan pemindahan wang
00:10melalui sistem perbankan.
00:12Prof. Rangkaian Komputer dan Keselamatan Cyber, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putera Malaysia UPM, Prof. Teknologis Dr. Zuryati
00:22Ahmad Zulkarnain berkata, penipuan digital melibatkan pelbagai sistem dan penyedia perbankan.
00:28Justeru, usaha pencegahan tidak boleh bergantung kepada institusi keuangan semata-mata.
00:36Sebagai seorang pengguna, sedang melayari media sosial dan ternampak iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa yang singkat.
00:46Jadi iklan tersebut kelihatan sangat meyakinkan. Ada gambar individu terkenal, testimoni pelanggan yang meyakinkan dan mungkin juga logo
00:57sesebuah institusi keuangan. Jadi pengguna akan otomatik menekan iklan tersebut.
01:05The moment pengguna klik iklan tersebut, ia akan dibawa ke platform seperti WhatsApp dan juga Telegram.
01:15di mana tempat seseorang itu menyamar sebagai penasihat pelaburan yang mula berkomunikasi.
01:25Jadi akhirnya pengguna diminta untuk memindahkan wang ke dalam bank tersebut.
01:31Zuriyati menjelaskan proses penipuan itu melibatkan tiga peringkat utama iaitu platform digital sebagai saluran mencari mangsa,
01:40aplikasi komunikasi untuk membina kepercayaan serta sistem perbankan sebagai medium pemindahan wang.
01:46Beliau berkata platform digital seharusnya memainkan peranan sebagai penjaga pintu pertama gatekeeper dengan menghalang penyebaran iklan penipuan sebelum ia sampai
01:55kepada pengguna.
01:56Penyedia perkhidmatan komunikasi pula perlu mengesan dan menanggani penyalahgunaan saluran mereka
02:02manakala institusi perbankan bertanggungjawab mengenalpasti transaksi yang menunjukkan tanda-tanda penipuan.
02:09Beliau berkata demikian dalam program niaga awani pada Khamis.

Recommended