00:00Ujian simulasi sistem amaran kecemasan negara IWS akan dijalankan di kawasan bangunan Parlimen pada 23 November ini sebelum ujian itu
00:09dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 29 November.
00:14Menteri Komunikasi Dato' Sri Fahmi Fadil berkata, Suranjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC akan melaksanakan hebahan menerusi khidmat pesanan masyarakat
00:24PSA bagi memberi penerangan mengenai bentuk mesej serta bunyi amaran yang bakal diterima pengguna telefon bimbit.
00:33Beliau berkata ujian simulasi itu diadakan bertujuan untuk memastikan orang ramai memahami bahawa notifikasi berkenaan adalah sebahagian daripada proses pengujian
00:44sistem dan bukan amaran kecemasan sebenar.
00:47Beliau berkata pelaksanaan IWS tidak memerlukan pengguna memuat turun atau memasang sebarang aplikasi kerana sistem itu akan berkomunikasi secara terus
00:57dengan telefon bimbit yang menyokong penerimaan amaran berkenaan.
01:01Beliau berkata sistem itu berfungsi sebagai pelengkap kepada keedah penyampaian amaran sedia ada termasuk khidmat pesanan ringkas SMS dan siren
01:10yang dipasang di sepanjang sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran GPS.
01:16Katanya IWS bukan sahaja boleh dimanfaatkan bagi menyampaikan amaran bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi malah berpotensi
01:26digunakan bagi tujuan keselamatan dan ketenteraan awam.
01:31Terima kasih telah menonton!