• 4 minutes ago
Jumlah jualan kenderaan atau jumlah Volum Industri (TIV) di Malaysia meningkat 1.3 peratus kepada 70,519 unit pada Oktober 2026 berbanding 69,609 unit bulan sebelumnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jumlah jualan kenderaan atau jumlah volume industri TIV di Malaysia meningkat 1.3% kepada 70,519 unit pada Oktober
00:102026 berbanding 69,609 unit bulan sebelumnya menerusi kenyataan pesatan otomotif Malaysia MAA ia didorong peningkatan jualan kenderaan penumpang dan
00:22komersil.
00:26Menurut MAA, jumlah jualan kenderaan penumpang meningkat 4% manakala kenderaan komersil naik 8% berbanding September 2026.
00:37Tambahnya, data terkini diterbitkan MAA menunjukkan permintaan terhadap kenderaan komersil turut menunjukkan pemulihan dengan jualan trak pikap mencecah 3,740
00:47unit paras tertinggi tahun ini.
00:50Malah, program budi diesel kerajaan turut membantu menyokong pemulihan segmen kenderaan komersil.
00:56Bagaimanapun, secara tahunan, jumlah jualan kenderaan pada Oktober susut 7% kepada 70,519 unit berbanding 75,991 unit pada
01:07bulan sama tahun lepas.
01:09Jualan kenderaan penumpang merosot 7% kepada 65,362 unit manakala kenderaan komersil turun 9% kepada 5,157 unit.
01:21Pada masa sama bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026, jumlah jualan kenderaan meningkat 3% kepada 673,412 unit berbanding
01:32655,327 unit dalam tempoh sama tahun lepas.
01:38Sementara itu, jumlah pengeluaran kenderaan pada Oktober 2026 meningkat 3% kepada 67,416 unit berbanding 65,564 unit pada
01:50Oktober 2025.
01:52Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026, pengeluaran keseluruhan meningkat 2% kepada 629,623 unit berbanding 617,693 unit dalam
02:05tempoh sama tahun lepas.
02:08MAA menjangkakan momentum peningkatan jualan akan berterusan pada November disokong prospek ekonomi yang positif serta promosi jualan akhir tahun.

Recommended