• 8 minutes ago
Kerajaan sedang merangka penambahbaikan mekanisme insentif kenderaan elektrik (EV) dengan menjadikan pencapaian eksport, pemindahan teknologi serta penglibatan vendor tempatan sebagai antara syarat prestasi kepada pelabur.
Transcript
00:00Kerajaan sedang merangka penambahbaikan mekanisme insentif kenderaan elektrik EV bagi memastikan pemberiannya selaras dengan sasaran Dasar Otomotif Nasional 2020 dan
00:10Plan Induk Perindustrian Baharu 2030.
00:13Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Simzi Zin berkata, penambahbaikan itu akan memberi penekanan kepada penyertaan vendor tempatan, pemindahan teknologi
00:23serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
00:27Malah pencapaian dan penggalakan ekspor turut dijadikan antara kriteria utama serta syarat prestasi bagi pemberian insentif kepada pelabur EV.
00:37Dalam mekanisme penerpatan insentif sedia ada, kerajaan mensyaratkan pelabur untuk melaksanakan penyertaan tempatan, lokalisasi dengan menggunakan sumber tempatan.
00:48Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Roziah Ismail PH Ampang mengenai kesediaan kerajaan menjadikan pencapaian nilai tambah domestik
00:56seperti pemindahan teknologi, pekerjaan berkemahiran tinggi, penglibatan vendor tempatan dan ekspor sebagai syarat prestasi pemberian insentif EV di Dewan Rakyat
01:06hari ini.
01:07Perkara itu turut dibangkitkan susulan perubahan perancangan syarikat pengeluar kenderaan elektrik dari China BYD
01:13yang tidak lagi meneruskan cadangan membina kilang pemasangan sendiri sebaliknya beralih kepada pemasangan menerusi rakan tempatan.
01:21Sim berkata kerajaan mahu memastikan Malaysia bukan sekadar menjadi pasaran pengguna EV
01:26sebaliknya memperoleh manfaat jangka panjang menerusi pembangunan keupayaan teknologi dan pengukuhan rantaian bekalan tempatan.
01:33Usaha itu juga bertujuan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti serta meningkatkan ekspor negara
01:39selaras dengan sasaran NAP 2020 dan NIMP 2030.

Recommended