• 6 minutes ago
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meluluskan pembiayaan RM12.15 bilion setakat Oktober 2026, bersamaan 81 peratus daripada sasaran RM15 bilion bagi tahun ini, sekali gus memanfaatkan 313,912 usahawan dan koperasi di seluruh negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi Kuskop meluluskan pembiayaan berjumlah RM12.15 bilion setakat Oktober 2026 bersamaan 81% daripada sasaran
00:11RM15 bilion bagi tahun ini.
00:13Pembiayaan itu memanfaatkan 313,912 usahawan dan kooperasi di seluruh negara termasuk sekurang-kurangnya 52,299 usahawan yang memperoleh akses
00:28pembiayaan buat kali pertama.
00:32Kuskop dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, kemudahan pembiayaan itu dilaksanakan menerusi beberapa agensi di bawah Kementerian termasuk Tekun
00:42Nasional, Amanah Iktia Malaysia AIM, Bank Rakyat dan SME Bank.
00:46Berdasarkan pencapaian sehingga Oktober 2026, Kuskop telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM12.15 bilion atau 81% daripada sasaran RM15 bilion
01:00bagi tahun 2026
01:01yang telah memanfaatkan 313,912 usahawan dan kooperasi termasuk sekurang-kurangnya 52,299 usahawan yang mendapat akses pembiayaan buat kali
01:16pertama.
01:17Dalam pada itu, sebanyak RM4.02 bilion disalurkan kepada 310,497 usahawan mikro bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
01:29Kuskop berkata pembiayaan berskala kecil itu memberi peluang kepada peniaga kecil, penjaja dan usahawan yang berdepan kekangan mendapatkan modal untuk
01:38memulakan atau mengembangkan perniagaan.
01:41Dalam memperluas akses pembiayaan kepada golongan mikro, Kuskop turut memberikan tumpuan kepada pembiayaan berskala kecil yang mudah diakses.
01:50Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026 sahaja, sebanyak RM4.02 bilion pembiayaan mikro yang telah disalurkan kepada 310,497 usahawan
02:05mikro melalui agensi pembiaya berkaitan.
02:08Secara keseluruhan, Kuskop akan terus memperkukuh akses pembiayaan, memudahkan proses permohonan serta memantau prestasi penyaluran dana bagi menyokong pertumbuhan dan
02:18pengembangan perniagaan usahawan di seluruh negara.

Recommended