00:008 pelajar lelaki diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 60 jam dalam tempoh 6 bulan oleh Mahkamah Kanak-Kanak Tawau atas
00:09pertuduhan bergaduh dan merusuh di hadapan sebuah sekolah menengah di Batu 5 Jalan Napas Julai lalu.
00:16Magistret Dayang Aidaku Amirah Aminuddin turut memerintahkan kesemua pelajar berusia 14 tahun itu tidak keluar dari daerah Tawau dalam tempoh
00:262 bulan.
00:27Mengikut pertuduhan, kesemua mereka menjalankan perhimpunan dengan bergaduh dan merusuh di hadapan sebuah sekolah di Batu 5 Jalan Napas kira
00:35-kira jam 11 pagi 10 Julai lalu.
00:37Kesemua tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan yang mempertutukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau
00:46kedua-duanya.
00:48Berdasarkan fakta kes, polis menerima maklumat berhubung satu rakaman video berdurasi 27 saat yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
00:55Memaparkan pergaduhan membabitkan beberapa pelajar sebuah sekolah menengah dengan seorang lelaki awam yang menggunakan topik kledar sebagai senjata.
01:03Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan berkaitan penyebaran gambar dan video berunsur seksual yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan
01:14buatan AI.