• 4 minutes ago
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berpandangan pertumbuhan KDNK 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 mencerminkan daya tahan ekonomi negara, bukan kehilangan momentum meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Anda sedang menonton niaga awal ini bersama saya Senahaya.
00:03Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan apabila keluaran dalam negara kasar KDNK berkembang 5.5% pada suku ketiga 2026
00:12mengatasi anggaran awal 5.3%.
00:15Menurut fellow bersekutu kanan Nikwafi UUM Prof. Madia Dr. Irwan Shahzanal Abidin prestasi itu tidak menunjukkan kehilangan momentum meskipun lebih
00:26sederhana berbanding 6.0% pada suku sebelumnya.
00:30Terutama ketika berdepan ketidaktentuan global.
00:33Pertama sekali tidak nampak ini adalah satu bentuk pengurangan dari segi momentum pertumbuhan ekonomi kerana apa yang kita lihat pertumbuhan
00:42ini adalah suku ketiga lebih tinggi daripada yang dianggarkan.
00:48Jadi 5.5% ini pertama sekali lebih tinggi daripada yang dianggarkan iaitu sekitar 5.3% dan juga ianya
00:57kalau kita lihat dalam konteks serantuan
00:59atau lebih tinggi daripada negara-negara yang mempunyai tahap pembangunan seperti kita. Contohnya negara seperti China, Filipina, Indonesia, Thailand.
01:13Jadi saya fikir dari sudut itu ini bukanlah sesuatu yang kita kata sebagai kekurangan momentum.
01:21Beliau turut membangkitkan kebimbangan terhadap ketidaktentuan perdagangan antarabangsa serta cabaran berkaitan komitmen terhadap undang-undang antarabangsa yang berpotensi mempengaruhi persekitaran
01:32ekonomi global.
01:33Bagaimanapun Irwan berpandangan prestasi semasa menunjukkan ekonomi Malaysia masih mempunyai keupayaan untuk bertahan dalam persekitaran luaran yang mencabar.
01:43Beliau berkata demikian dalam niaga awal ini pada Khamis.

Recommended