00:00Bagi seorang pengguna sedang melayar di media sosial dan ternampak iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa yang singkat.
00:09Jadi iklan tersebut kelihatan sangat meyakinkan. Ada gambar individu terkenal, testimoni pelanggan yang meyakinkan dan mungkin juga logo sebuah institusi
00:21kewangan.
00:22Jadi pengguna akan otomatik menekan iklan tersebut.
00:27The moment pengguna klik iklan tersebut, ia akan dibawa ke platform seperti WhatsApp, Telegram, di mana tempat seseorang itu menyamar
00:43sebagai penasihat pelaburan dan mula berkomunikasi.
00:48Jadi akhirnya pengguna diminta untuk memindahkan wang ke dalam bank tersebut.
00:54Jadi saya melihat ini melibatkan tiga peringkat. Yang pertama adalah platform digital, di mana di sinilah bermulanya penjenayah tersebut mencari
01:06mangsa.
01:07Melalui iklan-iklan dan juga kandungan palsu yang cukup meyakinkan.
01:12Peringkat kedua ialah saluran komunikasi, iaitu contohnya WhatsApp dan Telegram tadi di mana penjenayah mula membina kepercayaan, memberikan maklumat palsu
01:22dan juga mempengaruhi keputusan mangsa.
01:25Dan peringkat ketiga ialah sistem perbankan, di mana di sinilah akhirnya wang itu akan dipindahkan.
01:32Jadi persoalannya siapa yang sepatutnya menghentikan penipuan ini, di peringkat mana sepatutnya.
01:38Jadi kalau kita melihat secara asasnya, the gatekeeper-nya adalah platform digital.
01:43Di mana platform inilah sepatutnya boleh menghalang iklan penipuan yang boleh sampai kepada pengguna.
01:53Seterusnya penyediaan perkhidmatan komunikasi untuk memastikan tidak dapat mengesan atau menangani penyalahgunaan saluran tersebut.
02:04Dan yang ketiga adalah bank itu sendiri yang memastikan dapat mengenalpasti transaksi yang menunjukkan tanda-tanda penipuan.