00:00Seterusnya, Bulgaria mendedahkan satu operasi penggodaman besar-besaran yang dipercayai berlangsung selama lima tahun melibatkan akses kepada puluhan juta halaman
00:10dokumen kerajaan.
00:11Menteri Inovasi dan Transformasi Digital Ivan Vazilev berkata lebih 130 gigabyte data bersamaan 62 juta halaman dokumen telah dimuat turun
00:21sejak tahun 2021.
00:25Katanya setakat ini tiada bukti menunjukkan data peribadi rakyat Bulgaria telah terjejas.
00:31Menurut beliau, maklumat yang diakses meliputi pelbagai sektor pentadbiran kerajaan termasuk dokumen kabinet, laporan rasmi dan komunikasi antara kementerian serta
00:41agensi kerajaan.
00:42Siasatan awal menunjukkan beberapa kumpulan penggodam antarabangsa dipercayai terlibat dalam operasi tersebut.
00:48Bagaimanapun, pihak berkuasa belum menemukan bukti yang mengaitkan serangan itu dengan mana-mana negara atau agensi perisikan asing.
00:56Insiden itu terbongkar selepas sistem pemantauan keselamatan saiber nasional yang baru mengesan aktiviti mencurigakan pada bulan Ogos lalu.
01:05Siasatan kini melibatkan agensi perisikan, kementerian pertahanan, polis, pakar keselamatan saiber dan rakan antarabangsa termasuk agensi keselamatan saiber Kesatuan Eropah.
01:15Menurut Vasilev, semua sistem yang terjejas telah diasingkan, akses menggodam diputuskan dan perisian hasad berjaya disingkirkan.
01:25Pihak pendakwa raya turut dimaklumkan bagi menyiasat kemungkinan berlaku kelemahan kawalan keselamatan yang membolehkan pencerobohan itu tidak dikesan selama bertahun
01:34-tahun.
01:35Kes itu kini menjadi antara insiden keselamatan saiber terbesar yang pernah didedahkan di Bulgaria dan menyorot cabaran yang semakin meningkat
01:43terhadap keselamatan data kerajaan di seluruh dunia.