00:00Baik, Telekom Malaysia TM terus memperkukuh kedudukannya dalam industri pusat data
00:05menerusi pelaburan strategik, kerjasama dan pembangunan infrastruktur mampan
00:09seiring peningkatan permintaan terhadap kesaling hubungan digital dan kecerdasan buatan AI.
00:15Ketua Pekat Eksekutif Kumpulan TM, Dato' Amar Huzami Madderis berkata,
00:19syarikat itu mencuburi perniagaan pusat data seawal tahun 2017
00:23sekaligus meletakkan TM antara perintis dalam pembangunan kemudahan pusat data berskala besar di Johor.
00:32Beliau berkata ketika itu kapasiti antara 5 hingga 10 MW dianggap besar
00:36berbanding keperluan industri masa kini yang menyaksikan kapasiti sedemikian
00:40hanya mewakili sebahagian kecil daripada sebuah pusat data modern.
01:20Tegasnya, TM menetapkan kriteria pelaburan yang kena
01:23bagi pembangunan pusat datanya termasuk sasaran pulangan pelaburan
01:27serta memastikan kemudahan mencapai kadar penghunian yang tinggi
01:30sebaik sahaja mula beroperasi.
01:33Beliau berkata strategi itu membuahkan hasil positif
01:35apabila peningkatan kapasiti pusat data TM di Johor dan Lembah Kelang
01:39mendapat sambutan penuh malah kapasiti berkenaan telah ditempah sepenuhnya
01:43sebelum kemudahan itu siap.
01:45Sejak itu, kumpulan berkenaan memperluas kapasiti pembangunannya
01:48daripada pusat data berkapasiti 20 MW
01:51kepada kemudahan berskala 200 MW
01:53disokong kerjasama strategik bagi mempercepatkan aspirasi pertumbuhannya.
01:59Antaranya termasuk usaha sama dengan Singtel
02:02menerusi TM and Saral Data Center di Johor
02:04yang fasa awalnya dijangka siap menjelang akhir tahun ini
02:07manakala blok pertama berkapasiti 64 MW
02:10dijadwalkan siap pada suku kedua tahun depan.
02:14Menyentuh aspek kelestarian,
02:16Huzaimi berkata TM mengambil kira kesan operasi pusat data
02:19terhadap komuniti setempat dan alam sekitar
02:21dengan keperluan hijau diterapkan sejak peringkat reka bentuk dan perancangan.