Lima berita. Lima perkembangan penting. Satu rangkuman untuk memulakan hari anda. Saksikan #NiagaFive untuk lima tajuk utama pilihan Niaga AWANI hari ini.
Transcript
00:17NIAGA AWANI
00:30dan pelaburan yang bebas, terbuka serta telus ketika dunia berdepan peningkatan halangan perdagangan,
00:36gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan ekonomi global.
00:40ABAC turut mahukan kemajuan dipercepatkan ke arah kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik.
00:45Dalam laporan kepada pemimpin ekonomi AIPAC 2026,
00:49ABAC mengesyorkan usaha menangani halangan bukan tarif yang menjejaskan perdagangan makanan,
00:54memudah cara perdagangan perkhidmatan serta menyelaraskan peraturan perdagangan digital.
00:59Badan itu juga mahu lebih banyak peluang diwujudkan untuk perusahaan mikro, kecil dan sedahannya PMKS
01:05serta meningkatkan penyelitaan wanita dalam ekonomi serantau.
01:09Selain itu, ABAC mendekankan kepentingan peluasan akses kepada teknologi kecerdasan buatan AI,
01:15infrastruktur digital dan pembiayaan mampu milik, khususnya bagi PMKS dan ekonomi membangun.
01:20Langkah itu dilihat penting bagi memastikan manfaat ekonomi digital
01:24dapat dikongsi secara lebih meluas di seluruh rantau Asia Pasifik.
01:31Pengurusi eksekutif YTL Corporation Berhad, Tan Sri Francis Yeoh berkata,
01:36industri teknologi canggih Perancis berpotensi menjadi pelanggan utama
01:40bagi perkhidmatan pengkomputeran kecerdasan buatan AI
01:43didorong oleh keperluan meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing industri.
01:48Menurut beliau, ketidakpastian mengenai pembangunan pusat data berskala besar di Amerika Syarikat
01:54membuka peluang kepada Perancis untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam infrastruktur AI.
01:59Kekuatan negara itu dalam tenaga nuklir yang bersih dan terjamin
02:02turut menjadikannya destinasi yang menarik bagi pembangunan teknologi AI.
02:07Yeoh berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron
02:12sepenuhnya program Choose France di Kuala Lumpur
02:14bila turut memuji pemahaman Macron terhadap isu global dan kerumitan ekonomi dunia.
02:22Apple sedang berusaha memulihkan sepenuhnya sistemnya selepas satu kemas kini dalaman
02:27menyebabkan gangguan perkhidmatan yang menjejaskan beberapa platform utama
02:31termasuk iCloud dan Apple Pay.
02:34Syarikat itu menegaskan insiden berkenaan bukan berpunca daripada serangan saiber
02:38dan memaklumkan sebahagian besar sistem yang terjejas telah kembali beroperasi.
02:43Apple turut menyatakan usaha sedang diteruskan bagi memulihkan baki perkhidmatan yang masih terganggu.
02:49Menurut data Down Detector, ribuan pengguna di Amerika Syarikat melaporkan masalah
02:53mengakses Apple Pay dan iCloud ketika kemuncak gangguan.
02:57Insiden itu berlaku ketika beberapa syarikat dan agensi utama di Amerika Syarikat
03:02kurut berdepan gangguan teknologi dalam tempoh kebelakangan ini.
03:08Serti Usaha Pengangkutan Amerika Syarikat, Sean Duffy berkata
03:12punca sebenar kegagalan penghala yang mencetuskan gangguan penerbangan di seluruh negara pada Jumaat lalu
03:18masih belum dikenalpasti.
03:20Menurut beliau, pihak berkuasa masih belum mempunyai penjelasan jelas
03:24bagaimana kegagalan peranti itu boleh memberi kesan besar kepada rangkaian sistem
03:28sehingga memaksa arahan pemberhentian penerbangan dikeluarkan di seluruh negara.
03:33Pentadbiran Penerbangan Persekutuan FAA kini menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden berkenaan.
03:39Dua hari lepas, gangguan itu menyebabkan operasi penerbangan di Amerika Syarikat terhenti sementara
03:44dan menambah kebimbangan terhadap ketahanan infrastruktur teknologi negara.
03:48FAA turut menafikan spekulasi bahawa kecedasan buatan AI
03:52memainkan sebarang peranan dalam insiden tersebut.
03:59NVIDIA mempunyai pelindungan insurans sehingga 950 juta Amerika Syarikat
04:03untuk melindungi pengarah dan pegawai syarikat daripada tuntutan undang-undang sekuriti.
04:08Namun syarikat itu sendiri tidak mempunyai pelindungan bagi menampung kos penyelesaian
04:13atau pampasan yang mungkin timbul daripada tuntutan terhadap korporat.
04:17Perkembangan itu berlaku sesulan peletakan jawatan mengejut bekas ketua pegawai eksekutif
04:22Jensen Huang yang kini dikaitkan dengan sekurang-kurangnya dua tindakan undang-undang
04:26berkaitan dakwaan bahawa pelabur telah diberikan maklumat mengelirukan mengenai hubungannya
04:31dengan pelanggan utama NVIDIA, Megaspeed International.
04:35Sebagai latar belakang, saham NVIDIA pernah susut sekitar 20% selepas kontroversi itu tercetus
04:41menyebabkan kehilangan nilai pasaran kira-kira $1 triliun Amerika Syarikat
04:46Walaupun syarikat mempunyai rezat tunai melebihi $50 bilion,
04:50sebarang tuntutan yang berjaya terhadap NVIDIA berpotensi memberi kesan kewangan yang besar kepada syarikat itu.

Recommended