00:00Tiga pemimpin paling berpengaruh dunia dijangka mengadakan pertemuan tiga hal yang minggu depan sempena sidang kemuncak AIPAC di Shenzhen, China.
00:08Menurut laporan media Rusia, Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan bertemu
00:17pada 19 November.
00:21Pertemuan itu dijangka memberi tumpuan kepada beberapa isu antarabangsa yang sedang menjadi perhatian dunia.
00:27antaranya konflik Rusia-Ukraine, ketegangan di Asia Barat melibatkan Iran, isu senjata nuklear dan pembangunan kecerdasan buatan.
00:36Penganalisis melihat pertemuan tersebut sebagai antara acara diplomatik paling penting tahun ini, mandangkan ia menghimpunkan tiga kuasa besar dunia.
00:44Malah terdapat pemerhati yang membandingkan pertemuan itu dengan persidangan Yalta pada tahun 1945 yang membentuk landscape geopolitik dunia selepas Perang
00:55Dunia Kedua.
00:55Sekiranya berlangsung, ia akan menjadi satu lagi siri diplomasi berprofil tinggi yang melibatkan Presiden Trump selepas beberapa pertemuan sebelum ini
01:05dengan Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
01:08Namun, pertemuan-pertemuan terdahulu tidak menghasilkan sebarang penyelesaian besar terhadap isu-isu yang dibincangkan.
01:16Perhatian dunia kini tertumpu kepada sama ada sidang tiga hala di Shenzhen mampu membuka ruang kepada penyelesaian baharu bagi beberapa
01:24konflik dan cabaran global yang berlarutan.
01:26Terima kasih telah menonton!