Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Microsoft memaklumkan kesemua perkhidmatannya kembali beroperasi seperti biasa selepas berdepan gangguan teknikal global selama lebih 24 jam yang menjejaskan pengguna di pelbagai negara sejak Khamis lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Microsoft memaklumkan kesemua perkhidmatannya kembali beroperasi seperti biasa selepas berdepan gangguan teknikal global selama lebih 24 jam yang menjejaskan pengguna
00:10di pelbagai negara sejak Khamis lalu.
00:13Menurut syarikat itu, usaha pemulihan dan penyelesaian punca gangguan itu telah selesai dilaksanakan dan pengguna boleh mengakses perkhidmatan seperti biasa.
00:26Gangguan itu menjejaskan operasi pelbagai sektor termasuk peniagaan, agensi kerajaan dan pengguna rangkaian Microsoft 365 di beberapa negara.
00:36Microsoft turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menjelaskan insiden itu berpunca daripada masalah teknikal ketika proses naik taraf
00:43kapasiti rangkaian bukannya akibat serangan saiber atau kegagalan sistem AI.
00:49Gangguan itu juga menjejaskan beberapa institusi penting di Jepun, Filipina, Australia dan Kanada di United Kingdom operasi klinik sekolah farmasi
00:59serta pasukan polis turut terkesan.
01:02Di Amerika Syarikat, perkhidmatan e-mail Dewan Perwakilan mengalami gangguan menekala perserta sedang kemuncak iklim PBB COP31 di Turki yang
01:10dilaporkan menghadapi kesukaran mengakses outlook.
01:13Microsoft memaklumkan proses pemulihan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kestabilan sistem.
01:20Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended