Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, memandangkan pegawai berkenaan berstatus pinjaman daripada pasukan polis, urusan pentadbiran selanjutnya diserahkan kepada agensi berkaitan sementara pelantikan pengganti belum dibuat ketika ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Operasi agensi kawalan dan pelindungan sempadan AKPS di seluruh negara berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan keputusan mengembalikan ketua
00:09pengarahnya ke organisasi asal iaitu Polis Diraja Malaysia PDRM.
00:14Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasituan Ismail berkata memandangkan pegawai berkenaan berstatus pinjaman daripada pasukan polis, urusan pentadbiran selanjutnya
00:24diserahkan kepada agensi berkaitan sementara pelantikan pengganti belum dibuat ketika ini.
00:32Kita belum sampai tahap itu lagi. Bagi selesai saya satu dulu. Tapi saya beri jaminan operasi AKPS tidak terjejas kerana
00:40agensi ini penting.
00:41Nama pun kawalan dan pelindungan sempadan. Jadi tak boleh kerana ketua pengarahnya terlibat. Seluruh organisasi itu terhenti. Tak boleh macam
00:50itu.
00:51Kerana itu Dato' KSU saya, Kak Awang Adik, saya minta untuk memberikan kumpulan yang khusus menghadapi keadaan sekarang.
01:02Kami belum pernah lalui pengalaman ini. Tapi saya syukur setakat laporan lapangan yang kami terima, operasi AKPS tidak terganggu sama
01:13sekali.
01:14Tambah Saifuddin, laporan lapangan membuktikan kecakapan anggota AKPS kekal utuh apabila berjaya mematahkan beberapa cubaan penyeludupan di pintu masuk negara
01:24baru-baru ini.
01:26Pada 29 Oktober lepas, Kementerian Dalam Negeri memutuskan Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Zain kembali bertugas dengan
01:34PDRM.
01:35Pada 21 Oktober lalu, Muhammad Syuhaili mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majestrik Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua
01:44anggota polis di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur pada 28 September.

Recommended