Skip to playerSkip to main content
Seramai 20 ahli delegasi Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia (AWPC) dibawa menyaksikan proses demokrasi dan pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, lawatan itu diadakan bersempena Mesyuarat Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia (AWPC) 2026 yang berlangsung sejak Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804552/berita/politik/prn-melaka-20-delegasi-awpc-saksikan-proses-demokrasi

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #prnMelaka #awpc #PAC
Transcript
00:00Ini adalah lanjutan daripada ASEAN Women Parliamentarian Caucus Meeting 2026
00:04yang telah pun berlangsung sejak daripada 12 hari bulan dan berakhir hari ini
00:09dan memandangkan berlaku dalam tempoh, kebetulan berlaku dalam waktu pelaraya negeri Melaka dijalankan
00:17jadi saya bawa mereka ke Melaka untuk melihat bagaimana berlakunya proses demokrasi
00:23untuk rakyat negeri Melaka memilih dan mereka melihat bagaimana proses
00:29tak boleh masuk sebab saya dah antar surat kepada SPR
00:33SPR tak dapat nak membenarkan sebab atas beberapa kekangan
00:36tetapi saya melihat bagaimana sekitar kempen waktu pengundian di Melaka itu berlaku
00:42Tok boleh jelaskan berapa ramai peserta dari
00:45Lebih kurang dalam 20 negara daripada Jerman, Timor-Leste, Sri Lanka, Filipina, Taiwan, Japan, Nepal, India
00:59Pakistan
01:00jadi mereka ini adalah antaranya parlimen yang membuat polisi dan dasar di negara mereka
01:06dan hari ini mereka gembira dapat bertemu dengan dia
01:10adalah beberapa tempat yang kita pergi atas kekangan masa
01:14jadi saya harap mereka dapat melihat bagaimana proses ini berlaku
01:18terima kasih atas kekangan masa

Recommended