Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Penerbangan di seluruh Amerika Syarikat dibenarkan beroperasi semula selepas arahan pemberhentian penerbangan nasional ditarik balik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penerbangan di seluruh Amerika Syarikat dibenarkan beroperasi semula kira-kira 4 jam selepas arahan pemberhentian di peringkat nasional ditarik balik.
00:09Namun pihak berkuasa memberi amaran. Gangguan jadual penerbangan dijangka berterusan dalam tempoh terdekat.
00:18Data daripada laman WebFlight Radar menunjukkan pesawat kembali memenuhi ruang udara Amerika selepas arahan perberhentian ditarik balik.
00:26Secara keseluruhannya, Flight Radar melaporkan lebih 6,600 penerbangan dibatalkan dan 8,600 ditangguhkan.
00:35Pemahati industri penerbangan memberi amaran bahawa gangguan 4 jam itu mungkin menjejaskan jadual penerbangan untuk beberapa hari lagi.
00:43Setiausaha pengangkutan Amerika, Sean Daffy berkata, proses memulihkan rangkaian penerbangan yang terjejas akan mengambil masa berikutan ramai penumpang masih terkandas
00:53di lapangan terbang.
00:54Sebelum ini, pentadbiran penerbangan Persekutuan FAA mengarahkan semua penerbangan dihentikan sementara susulan gangguan sistem komunikasi kawalan trafik udara yang menjejaskan
01:05operasi penerbangan di seluruh negara.
01:08White House memaklumkan gangguan itu berpunca daripada masalah komunikasi dalam sistem kawalan trafik udara dan bukannya insiden keselamatan.
01:16Kejadian itu merupakan arahan perberhentian penerbangan terbesar di Amerika sejak negara itu menggantung operasi penerbangan akibat serangan pengganas pada 11
01:26September 2001.
01:27Terima kasih telah menonton!

Recommended