Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Kemenangan BN dalam PRN Melaka diterima dengan penuh kesyukuran dan rendah hati, sambil menegaskan kepercayaan rakyat bukan sekadar pencapaian politik, sebaliknya amanah yang perlu dilaksanakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Barisan Nasional BM menyifatkan kemenangan pada pilihan raya negeri Melaka ke-16 sebagai permulaan kepada tanggungjawab lebih besar untuk memastikan
00:08kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dibela.
00:12Seterusaha agungnya, Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata, mandat yang diberikan rakyat perlu diterjemahkan melalui pentadbiran berkesan, pembangunan inklusif dan
00:21perkhidmatan terbaik tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik.
00:27Beliau berkata, kemenangan itu diterima dengan penuh kesyukuran dan rendah hati sambil menegaskan, kepercayaan rakyat bukan sekadar pencapaian politik, sebaliknya
00:38amanah yang perlu dilaksanakan.
00:41Dalam pada itu, BN menghargai semangat kebersamaan dan kerjasama yang terjalin dengan Perikatan Nasional sepanjang PRN kali ini.
00:49Ujar Zamri lagi, semua calon yang diberikan mandat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Adun perlu melaksanakan amanah rakyat dengan khidmat,
00:59bukan sekadar janji.
01:02Selain itu, Zamri berkata BN akan terus memperjuangkan politik kesederhanaan, memperkukuh perpaduan dan menjadikan kestabilan sebagai asas kemajuan.
01:12BN turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka yang menunaikan tanggungjawab demokrasi, khususnya pengundi yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepada
01:24calon gabungan itu.
01:26Kelancaran PRN Melaka yang melangsung dalam suasana aman, tertib dan matang mencerminkan kematangan rakyat negeri itu dalam menentukan hala tuju
01:36kepimpinan.

Recommended