Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
ASEAN belum bersetuju menerima permintaan Myanmar untuk kembali menyertai mesyuarat di peringkat menteri dan ketua-ketua negara, meskipun negara itu kekal sebagai anggota pertubuhan serantau berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00ASEAN belum bersetuju menerima permintaan Myanmar untuk kembali menyertai mesyuarat di peringkat menteri dan ketua-ketua negara meskipun negara itu
00:08kekal sebagai anggota pertubuhan serantau itu.
00:11Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata pendirian ASEAN ketika ini adalah mengekalkan aturan sedia ada iaitu penyertaan Myanmar dalam
00:17mesyuarat peringkat menteri dan ketua-ketua negara diwakili pegawai kanan yang bukan daripada kalangan ahli politik.
00:26Ada progres dia, ada petunjuk yang menunjukkan, ada perkembangan yang baik tetapi belum sampai ke tahap di peringkat menteri tadi
00:37kita bersetuju untuk menerima permohonan dan permintaan di pandemian Myanmar untuk mereka dapat menyertai peringkat menteri dan juga ketua-ketua
00:49negara dalam mesyuarat ASEAN. Itu kita punya penerian.
00:53Beliau berkata demikian pada sidang media sidang kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, Filipina pada Sabtu.
01:01Muhammad berkata ASEAN masih mengambil berat mengenai keganasan Myanmar terhadap rakyat sendiri dan mahu pihak terbabit menghentikan tindakan itu serta
01:10mengadakan rundingan secara inklusif dengan semua pihak yang bertentangan.

Recommended