Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS minggu depan susulan jangkaan kenaikan kadar faedah Fed, manakala pelabur menanti petunjuk baharu menerusi data jualan runcit Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, ringgit dijangka rendah berbanding dolar Amerika minggu depan berikutan mata wang negara maju itu terus menerima sokongan kukuh,
00:08susulan jangkaan kenaikan kadar faedah yang selanjutnya oleh Rizal Persekutuan Amerika Syarikat, FED.
00:13Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Makhmalat Malaysia Berhad, Dr. Muhammad Afzanizam Abdul Rashid, dolar Amerika dijangka mengekalkan kekuatannya dalam keadaan
00:20pendirian dasar monetari FED yang berkecenderungan untuk menaikkan kadar faedah.
00:27Jelas beliau sentimen pelabur terus memihak kepada dolar Amerika di tengah-tengah jangkaan kenaikan kadar faedah yang ketada oleh FED
00:35pada Desember.
00:36Beliau berkata penggiat pasaran juga akan memantau dengan teliti pengeluaran data jualan runcit Amerika bagi Oktober pada 17 November dengan
00:44anggaran konsensus menunjukkan kenaikan 0.2% bulan ke bulan daripada 0.8% pada September.
00:52Muhammad Afzanizam menjangkakan ringgit diniagakan dalam jajaran RM4.07 hingga RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan.
01:02Sementara itu, berdasarkan perbandingan Jumaat kepada Jumaat, ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat kepada 4.0845-0890 daripada 4.0565
01:15-0610 pada minggu sebelumnya.
01:18Unit tempatan itu diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan matawang utama lain sepanjang minggu ini.
01:24Ringgit juga kebanyakannya diniagakan lebih tinggi berbanding matawang negara ASEAN.
01:30Terima kasih telah menonton!

Recommended