Skip to playerSkip to main content
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memberikan penjelasan berhubung aduan seorang pengundi di Merlimau yang mendakwa namanya sudah ditandakan sebagai telah mengundi walaupun belum menunaikan tanggungjawab itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, perkara itu antara beberapa aduan yang dibangkitkan sepanjang proses pengundian berlangsung, selain isu penyebaran risalah dan perhimpunan di hadapan pusat mengundi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804581/berita/politik/pengundi-dakwa-nama-ditanda-sebelum-mengundi-spr-diminta-beri-penjelasan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #adlyzahari

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ada satu calon kita di Melimau yang bangkitkan yang dia, ada seorang itu dia pergi ke pusat daerah mengundi untuk
00:08mengundi tapi namanya sudah mengundi.
00:11Yang itu saya fikir SPR mungkin boleh bagi penjelasan.
00:14Ya kalau kita lihat SPR kali ini menggunakan satu sistem baru di mana pada pelihara yang lalu dia gunakan daripada
00:22satu dun saja.
00:23Tapi kali ini dia menggunakan satu sistem pada semua 28 Dewan Undangan Negeri di mana kita boleh melihat secara real
00:32time jumlah yang telah keluar mengundi.
00:35Jadi mungkin kadang-kadang dari segi berita itu dia lebih rendah berbanding dengan real time.
00:41Kalau kita lihat di aplikasi pukul 4 tadi sudah melebihi 60% keluar mengundi.
00:53Terima kasih telah menonton!

Recommended