Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Ukraine berharap rundingan damai dengan Rusia dapat menghasilkan kemajuan nyata sebelum akhir tahun, dengan hala tuju seterusnya bergantung kepada perbincangan antara AS dan Moscow.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ukraine berharap dapat mencapai hasil konkret menerusi rundingan bagi menamatkan perang dengan Rusia menjelang akhir tahun ini
00:07namanya banyak bergantung kepada pendekatan Amerika Syarikat terhadap Moskow.
00:11Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata demikian selepas rundingan yang diterajui Amerika
00:16selama dua hari antara wakil Ukraine dan Rusia di Abu Dhabi, Emirah Arab Bersatu UAE.
00:26Menurutnya, hala tuju rundingan seterusnya bergantung kepada bentuk dialog antara Washington dan Moskow yang dijadual berlangsung pada Khamis.
00:34Rundingan berkenaan merupakan yang pertama diadakan sejak Februari lalu dan menghasilkan persetujuan penting berhubung pembebasan sejumlah besar tawanan perang
00:43namun belum mencapai pengumuman konkret lain ke arah menamatkan konflik.
00:47Dua utusan Presiden Amerika Syarikat Steve Wyckoff dan Jared Kushner dijadual berlepas ke Moskow untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia
00:56Vladimir Putin
00:57sebelum meneruskan perjalanan ke Dublin bagi bertemu Zelensky.
01:01Kushner menyifatkan rundingan di Abu Dhabi sebagai langkah pertama yang baik meskipun mengakui masih tiada kepercayaan antara kedua-dua pihak.
01:10Sementara itu, perunding Ukraine David Arakamia menyifatkan rundingan itu sebagai sukar berikutan delegasi Rusia hadir dengan arahan yang ketat
01:19namun percaya ia berjaya memujudkan momentum positif ke arah penyelesaian sebelum penghujung tahun.
01:25Ketua perunding Rusia Vladimir Medinsky pula berkata beliau melihat perjanjian damai semakin hampir
01:31sepas rundingan berkenaan namun menegaskan perkembangannya bergantung kepada pendirian Ukraine dan Amerika.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended