00:00Lebih 100 sekolah di seluruh Itali menerima ancaman bom menerusi email tanpa nama yang mendakwa terdapat bahan letupan di premis
00:08masing-masing.
00:09Ia sekaligus perintah mengosongkan kawasan sekolah.
00:12Lapor agensi berita Itali ansar pada Rabu, email yang dihantar kepada sekolah di beberapa bandar itu mendakwa satu alat letupan
00:20berkuasa tinggi diletakkan di dalam beg plastik dan dilengkapi dengan alat pencetus kawalan jauh.
00:27Mesej itu turut mengandungi ancaman keganasan terhadap rakyat Itali dan ditandatangani individu yang mendakwa dirinya sebagai ketua sebuah kumpulan yang
00:37dikenali sebagai Vilayat of Misogynistan.
00:41Pegawai penguatkuasa undang-undang sedang menjalankan pemeriksaan keselamatan di sekolah terjejas.
00:48Jumlah sekolah yang melaporkan menerima ancaman itu juga terus meningkat.
00:57Terima kasih telah menonton!