Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
MRANTI menyasarkan penyelesaian terpilih dalam lima bidang diuji menerusi projek rintis dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation, Meranti, menyasarkan penyelesaian dalam lima bidang keutamaan dibawa ke peringkat projek rintis dalam
00:10tempoh 6 hingga 12 bulan.
00:13Menerusi iNation 2026, Meranti mengadakan lima sesi kerja dikenali sebagai mission labs yang menghimpunkan wakil kerajaan, industri, penyelidik, pengawal selia
00:25dan penyedia pembiayaan.
00:30Lima bidang itu ialah penuaan sihat, keterjaminan makanan, industri sawit, ekonomi altitude rendah dan mobiliti autonomi.
00:38Tiga bidang pertama menyokong inisiatif nasional terpilih, manakala dua lagi memberi tumpuan kepada peluang baru berdasarkan permintaan industri.
00:46Hasil ujian akan digunakan untuk menilai prestasi operasi, daya maju kewangan dan kesan sosial sebelum penyelesaian itu dipertimbangkan untuk kegunaan
00:55lebih meluas.
00:56Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Dato' Charlie Kang berkata, keutamaan negara ialah memastikan penyelidikan dan inovasi mempunyai manfaat yang boleh
01:05diukur kepada rakyat dan industri.
01:07Ketua Pegawai Eksekutif Meranti, Asyran Ghazi berkata, mission labs dirangka supaya usaha itu tidak terhenti pada peringkat cadangan.
01:15Meranti akan menyelaras kerjasama pihak terlibat supaya setiap projek rintis mempunyai tempoh pelaksanaan yang jelas dan sasaran yang dipersetujui bersama.
01:26Terima kasih.
01:26Terima kasih.
Comments

Recommended