00:00Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dijangka memberi penjelasan berhubung pelaksanaan tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri
00:08Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini.
00:11Beliau berkata semua persoalan berhubung perkara itu akan dijawab di Dewan Rakyat.
00:19Saifuddin mengulas beberapa persoalan mengenai aturan dan syarat tahanan rumah bekas ahli Parlimen Pekan itu termasuk sekatan yang dikenakan
00:25sama ada ahli keluarga terdekat Najib dibenarkan terus tinggal bersama di kediaman sama serta sama ada beliau boleh menerima kunjungan
00:32tetamu.
00:33Pada selasa Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara 6 tahun bagi kes SRC Internasional menerusi tahanan rumah di
00:41kediamannya di Taman Duta sehingga 23 Ogos 2028.
00:45Hakim Datuk Aslam Zainuddin memutuskan demikian selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sekaligus mengetepikan sepenuhnya perintah pelepasan melalui pembayaran denda
00:55yang dikeluarkan pada 6 November dan menggantikannya dengan perintah baharu yang dikeluarkan pada selasa.
01:00Diiringi beberapa kenderaan Jabatan Penjara dan Polis, Najib kemudian tiba di kediamannya di Taman Duta pada jam 9.27 malam
01:08untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.