Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pihak berkuasa Bangladesh menolak permohonan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina yang kini hidup dalam buangan untuk mendapatkan pasport dan kad pengenalan bagi membolehkannya pulang dari India.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, pihak berkuasa Bangladesh menolak permohonan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina yang kini hidup dalam buangan untuk mendapatkan pasport
00:08dan kad pengenalan bagi membolehkannya pulang dari India.
00:12Ketua Pendakuraya Tribunal Jenaihan Terbangsa ICT Bangladesh, Aminul Islam, sebaliknya menegaskan Hasina perlu diekstradisi untuk menjalani hukuman mati.
00:24Menurutnya, Undang-Undang Pasport Negara itu tidak membenarkan pengeluaran pasport kepada individu yang melarikan diri daripada proses kehakiman atau berstatus
00:33buruan.
00:34Aminul berkata Hasina hanya boleh dibawa pulang secara sah melalui proses ekstradisi berdasarkan perjanjian yang dimeterai antara Bangladesh dan India
00:43pada 2013.
00:44ICT menjatuhkan hukuman mati terhadap Hasina pada November tahun lepas atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan ketika kebangkitan rakyat
00:54pada 2024 yang menamatkan pemerintahannya selama 15 tahun.
00:59Hasina 79 menetap di India sejak melarikan diri dari Bangladesh menaiki pesawat tentera pada 5 Ogos 2024.
01:06Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, kekenasan yang berlaku ketika kebangkitan itu mengorbankan 1,400 nyawa dan menyebabkan ribuan
01:16lagi cedera.
01:17Akbar Hindustan Times dari India melaporkan bahawa peguam Hasina yang berpangkalan di London telah mengutus surat kepada Suruhan Jaya Tinggi
01:24Bangladesh di New Delhi bagi memohon pasport baharu dan kad pengenalan.
01:29Menurut akhbar itu, permohonan berkenaan merupakan langkah paling jelas setakat ini yang menunjukkan kesungguhan Hasina untuk merealisasikan hasratnya pulang ke
01:38tanah air.

Recommended