00:00Isu pengurangan hutang negara, hubungan pelaburan Taiwan dan Malaysia serta semakan semula kadar harga belian padi menjadi antara isu yang
00:08menjadi tumpuan di sidang Dewan Rakyat hari ini.
00:12Isu berkenaan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan yang dijadual bermula 10 pagi.
00:18Ahli Parlimen Ipoh Timur Li Chuan Ha meminta Perdana Menteri menyatakan mengapa kerajaan masih belum berjaya mengurangkan hutang negara ke
00:26paras yang lebih mampan.
00:27Beliau juga mahu tahu sejauh mana kedudukan fiskal semasa memberikan ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah intervensi bagi melindungi
00:35ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekiranya konflik di Asia Barat semakin meruncing.
00:39Sementara itu hubungan Malaysia-Taiwan turut menjadi perhatian apabila persoalan mengenainya dibangkitkan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.
00:47Antara lain, beliau meminta Perdana Menteri mengesahkan laporan berita bertajuk Taiwan seakan gantung rundingan pelaburan dengan Malaysia sesulah kenyataan yang
00:55menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada China.
00:58Beliau turut bertanya jika ada implikasi keputusan tersebut terhadap hubungan perdagangan dua halam dan aliran pelaburan sedia ada antara Malaysia
01:05dan Taiwan.
01:06Datuk Adnan Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah pula meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan keberkesanan insentif kerajaan membantu
01:14golongan muda memiliki rumah pertama serta perubahan kemampuan mereka mendapatkan pembiayaan perumahan bagi tempoh 2021 hingga 2026.
01:22Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Mohd Ismi Mat Taib meminta Menteri Pertanian dan Keterjamanan Makanan menyatakan sama ada Kementerian bersedia
01:29untuk menyemak semula kadar semasa harga lantai belian padi daripada RM1,500 per ton metrik kepada kadar baharu yang lebih
01:37tinggi.
01:38Mesyuarat ketiga, penggal kelima Parlimen ke-15 berlangsung sehingga 8 Desember depan.