00:00Baik, ditinggalkan ibu bapa kandung hanya beberapa hari selepas dilahirkan dan dibesarkan nenek yang kini berusia 82 tahun, perjalanan hidup
00:10ke Hemaruben bukanlah semudah insan lain.
00:13Lelaki berusia 29 tahun itu dilahirkan dengan keterbatasan penglihatan pada sebelah mata sebelum kehilangan penglihatan sepenuhnya ketika berusia 21 tahun.
00:24Namun, di sebalik dunia yang gelap tanpa cahaya, Hemaruben tidak memilih untuk menyerah kepada takdir.
00:31Sebaliknya, bangkit mencari kekuatan untuk berdikari dan membuktikan dirinya juga mampu berjaya.
00:39Ikuti laporan rakan setugas Umar Fati Ramayah dari Sungai Petani Kedah.
00:44Semasa saya kerja dekat Double Tree Resort by Hilton, Penang, masa itu saya bangun pagi, saya tak nampak pada 1
00:55Mac 2019.
00:58Dalam satu malam, dalam satu malam saya tak nampak.
01:03Pasal orat mata saya terputus pasal tekanan mata terlalu tinggi.
01:10Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
01:14Ujian hidupnya tidak terhenti di situ apabila dia kehilangan pekerjaan ketika pandemik COVID-19.
01:21Baginya tiada pilihan.
01:23Selain bangkit mencari punca pendapatan sendiri,
01:26lebih-lebih lagi memikirkan nenek yang selama ini membesarkannya kini semakin dimamah usia.
01:34Starting from zero, macam mana nak buat cookies, macam mana nak buat cookies sikit saya tahu.
01:40Tapi barang-barang semua saya takde masalah itu.
01:44Saya berusaha mula oleh kawan, dia bagi oven pinjam.
01:52Lepas tu saya beli barang dekat bakery sikit-sikit.
01:59Lepas tu saya mula buat.
02:00Masa tu social media pun saya takde.
02:03Saya guna semua, guna saya punya kawan, punya social media juga.
02:09Masa starting punya jam, saya buat tiga biskut untuk jualan itu.
02:15Starting itu, saya buat sikit-sikit cookies.
02:19Macam starting, saya buat Almond London, biskut kacang dengan konflik cookies dulu.
02:27Lepas tu saya, dalam tujuh tahun ini, saya dah buat dekat 34 jenis cookies.
02:35Mengusahakan perniagaan tanpa penglihatan bukan sesuatu yang mudah.
02:39Terutama ketika memastikan biskut yang dibakar mencapai tahap kematangan sempurna.
02:45Hema Ruben berkata, antara cabaran terbesar ialah menentukan warna biskut sama ada sudah cukup masak atau sebaliknya,
02:53memandangkan aspek itu lazimnya memerlukan penglihatan.
02:57Dia justru menggunakan deria bau dan tempoh masa membakar sepakai panduan,
03:02selain mendapat kebantuan neneknya untuk memeriksa warna biskut bagi memastikan kualiti produk sentiasa terjaga.
03:09Selain tempahan sepenuh di Pahwali, Hema Ruben turut menerima pesanan bagi sambutan perayaan lain
03:15dengan menawarkan pelbagai pilihan biskut 100% vegetarian yang sesuai dinikmati masyarakat berbilang kau.
03:23Malah, Ruben Delights turut menawarkan pelbagai produk lain
03:26seperti kek, pecici mulut tradisional India termasuk ladu
03:30serta aneka pastry bagi memenuhi permintaan pelanggan sepanjang tahun.
03:34Menurutnya, keterbatasan fizikal tidak seharusnya menjadi alasan untuk seseorang berhenti berusaha
03:41kerana setiap individu dilahirkan dengan kebolehan dan kreativiti tersendiri.
03:47Bagi Hema Ruben, cahaya sebenar bukanlah apa yang dapat dilihat dengan mata
03:51tetapi kekuatan hati, kesungguhan dan keberanian untuk terus berusaha
03:57demi membina masa depan yang lebih baik.
04:00Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan pelbagai pilihan biskut, kit dan pastry
04:05tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Hema Ruben
04:07menerusi platform media sosial Ruben Delights.