Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) meningkat 3.6 peratus pada suku ketiga 2026, berbanding 2.9 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Indeks harga pengeluar perkhidmatan IHPRP meningkat 3.6% pada suku ketiga 2026 berbanding 2.9% pada suku tahun
00:10sebelumnya.
00:12Jabatan Perangkaan Malaysia DOSA memaklumkan indeks kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat 8.2% berbanding 1.6% pada suku
00:21tahun sebelumnya.
00:23Disumbangkan aktiviti hiburan dan rekreasi lain 4.0%.
00:30Menerusi kenyataannya, DOSA berkata indeks penginapan serta aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 6.5% selepas naik 6.4
00:39% pada suku tahun sebelumnya.
00:42Tambahnya peningkatan itu disumbangkan indeks restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak 5.9% serta aktiviti perkhidmatan minuman 2.9%.
00:52Selain itu, indeks pengangkutan meningkat 6.3% berbanding 5.6% pada suku sebelumnya disumbangkan terutamanya oleh indeks pengangkutan
01:01penumpang udara yang meningkat 23.4%.
01:05Sementara indeks pendidikan menokok 2.2% selepas kenaikan 2.1% pada suku sebelumnya disokong oleh pendidikan menengah 2
01:14.1% dan pendidikan tinggi 1.6%.
01:18Indeks lain yang mencatatkan kenaikan masing-masing adalah kesihatan 1.7%, aktiviti hartanah 1.3% dan profesional 1.0%.
01:28Dalam pada itu, indeks maklumat dan komunikasi mencatatkan peningkatan 0.4% berbanding 0.3% suku sebelumnya.
01:37Pada asas suku tahunan, IHPRP meningkat 0.7% berbanding 1.1% pada suku tahun sebelumnya didorong antaranya kenaikan
01:47dalam indeks kesenian, hiburan dan rekreasi sebanyak 3.2% serta indeks pengangkutan 1.4%.

Recommended