00:00Gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku di beberapa kawasan di Tawau mendorong pelaksanaan inisiatif pemasangan sistem solar hybrid di rumah
00:09ibadat bagi membantu komuniti setempat.
00:12Menerusi Tawau Community Impact Program, Masjid Nurud Takwa, Kampung Sadani menjadi masjid pertama di Sabah menerima sumbangan sistem solar hybrid
00:22yang berkapasiti 12 kW dengan bateri simpanan 16 kW.
00:30Selain mengurangkan kos bil elektrik, kemudahan itu turut berfungsi sebagai sumber bekalan tenaga alternatif ketika berlaku gangguan elektrik, sekaligus membolehkan
00:39masjid dimanfaatkan sebagai pusat komuniti.
00:43Dengan adanya sumbangan solar ini, bukan saja sedikit tapi sangat banyak dapat membantu kami untuk mengurangkan kos perpelanjaan yang kami
00:52tanggung.
00:52Alhamdulillah dengan adanya ini, bila mati karan itu, anak-anak yang mungkin membelajar, kami akan sediakan di kelas di sebelah
01:01ataupun di dewan di sebelah.
01:03Bolehlah budak-budak kampung ini datang sambung belajar dan orang kampung yang mungkin memerlukan cas untuk handphone mereka, laptop mereka
01:13untuk bekerja esok hari, bolehlah datang ke masjid ini.
01:16Sistem solar hybrid yang dilengkapi bateri simpanan itu dijangka mampu membekalkan tenaga antara 8 hingga 12 jam bergantung kepada corak
01:24penggunaan.
01:25Pengerusi Tawau Community Impact Program, Estefan Kuh berkata, pemasangan sistem itu dijangka menjimatkan bil elektrik masjid antara RM2,500 hingga
01:35RM3,500 setahun.
01:37Dia juga memainkan satu peranan yang penting bila berlakunya blackout di Tawau ini ataupun di kampung Sadani di mana masyarakat
01:48setempat dapat berkumpul di masjid ini untuk mencas telefon ataupun berehat untuk kanak-kanak ataupun pelajar untuk belajar untuk esok.
02:00dan kapasiti ini boleh, bateri kapasiti ini boleh bertahan sehingga 8 hingga 12 jam dengan cara penggunaannya.
02:10Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan solar hybrid di Masjid Nurud Takwa, kampung Sadani Tawau pada Jumaat.