00:00Hutang Kerajaan Indonesia meningkat kepada $569.7 bilion pada akhir September 2026
00:08meskipun nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar KDNK negara itu menunjukkan penurunan.
00:14Kementerian Kewangan Indonesia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan
00:17nisbah hutang kepada KDNK susut kepada 40.3% pada September berbanding 41.26% pada Jun.
00:28Penurunan itu menunjukkan pertumbuhan nilai nominal ekonomi negara
00:32mengatasi peningkatan jumlah hutang kerajaan dalam tempoh tiga bulan berkenaan.
00:37Ketua Pengarah Pembayaran Belanjawan dan Pengurusan Risiko Kementerian Kewangan Suminto berkata
00:42perkembangan itu didorong pengurusan hutang secara berhemah, aktiviti ekonomi lebih kukuh
00:47serta peningkatan perbelanjaan kerajaan.
00:50Menurutnya peningkatan KDNK nominal disokong aktiviti ekonomi domestik
00:55turut membantu mengurangkan nisbah hutang negara.
00:58Walaupun jumlah hutang meningkat kira-kira 40 triliun rupiah sepanjang suku ketiga,
01:03kerajaan Indonesia menegaskan komitmen memastikan tahap hutang kekal terkawal
01:07bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan kemampanan fiskal.
01:11Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Kewangan Indonesia, Judah Agung berkata,
01:16pegangan pelabur asing dalam sekuriti kerajaan kini menurun kepada sekitar 13 hingga 14 peratus
01:22berbanding hampir 40 peratus kira-kira 10 tahun lalu.
01:26Ujarnya perubahan itu mencerminkan peningkatan peranan pelabur domestik
01:30dalam pembiayaan hutang kerajaan sekaligus mengurangkan kebergantungan
01:34pasaran bon Indonesia terhadap modal asing.
01:37Menurutnya pengurangan pegangan asing turut membantu mengurangkan risiko
01:41ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan pertukaran mata wang negara itu.
01:46Kadang itu juga berpotensi mengurangkan risiko aliran keluar modal secara mendadak
01:50yang boleh menjejaskan harga bon kerajaan serta nilai rupiah
01:54ketika pasaran kewangan global berdepan tekanan.