00:00Program Youth Exchange 2026, Tajaan Penuh Kerajaan Negeri Sabah, membuka peluang kepada delegasi belia ke Korea Selatan bagi mempelajari kemajuan
00:10teknologi, budaya kerja dan inovasi di peringkat terbangsa.
00:14Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, inisiatif itu merupakan pelaburan kerajaan
00:24dalam memperkasa pembangunan modal insan selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.
00:32Kita yakin dan percaya bahawa anak muda masa kini merupakan aset masa hadapan di Sabah ini.
00:43Dengan adanya program ini, mereka dapat belajar bagaimana budaya kerja di sana dan mana-mana yang boleh memberi manfaat kepada
00:56diri mereka, kepada negeri Sabah, kepada masyarakat ini dapatlah mereka sumbangkan, dapat mereka jadikan sebagai pengalaman mereka untuk membawa yang
01:07lebih baik kepada pembangunan di Sabah ini.
01:11Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai majlis simbolik pelepasan delegasi program Youth Exchange 2026 Perintis Muda Go Global di
01:21Galeri Bangunan Cansleri UMS.
01:22Program yang berlangsung pada 8 hingga 14 November ini melibatkan 35 peserta, termasuk pegawai dan wakil daripada Inkubator Kepimpinan Belia
01:32Sabah, IKEBS, Jabatan Pendidikan Sabah, NGO Etnik Kreatif, serta pelajar Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
01:42Terima kasih kerana menonton!
Comments