00:00Bertemu kembali niagawani kita mulakan dengan laporan ini. Bank Negara Malaysia BNM memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipu yang
00:07menyamar sebagai bank pusat itu melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi serta perbankan.
00:15BNM menerusi satu hantaran di akaun X rasminya hari ini memaklumkan laman web yang kelihatan rasmi tidak semestinya sahih.
00:23Dalam hantarannya, bank pusat itu berkata awas dengan skamer penipu yang menyamar sebagai BNM melalui laman web palsu dan aplikasi
00:31berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi dan perbankan anda.
00:36Menerusi hantaran sama, BNM menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menyemak maklumat yang mencurigakan menerusi portal pengesahan rasminya.
Comments