Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Cuba mengecam pengumuman sekatan terbaharu Amerika Syarikat dengan menyifatkannya sebagai usaha melumpuhkan ekonomi negara itu serta menyebabkan penderitaan kepada rakyat.
Transcript
00:00Cuba mengecam pengumuman sekatan terbaru Amerika Syarikat dengan menyifatkannya sebagai usaha melumpuhkan ekonomi negara itu serta menyebabkan penderitaan kepada rakyat.
00:10Menteri Luar Cuba Bruno Rodriguez Pahia berkata, tindakan Washington itu bertujuan menekan Cuba supaya tunduk, namun menegaskan usaha berkenaan akan
00:19terus menemui kegagalan.
00:23Ini kerana jelasnya Cuba akan terus mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.
00:30Beliau turut menegaskan bahawa negaranya bukan satu ancaman, sebaliknya sekatan ekonomi yang dikenakan Amerika merupakan punca utama kesukaran yang dihadapi
00:38negara itu.
00:39Kenyataan Rodriguez dibuat selepas Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengumumkan pusingan baharu sekatan terhadap Cuba pada Khamis.
00:47Menurut jabatan itu, dua individu, enam syarikat dan dua kapal telah dimasukkan ke dalam senarai sekatan tersebut.
00:53Selain itu, tindakan tambahan turut dikenakan terhadap dua syarikat dan tiga kapal yang sebelum ini telah disenarai hitamkan.
01:00Dalam perkembangan sama, Washington bertindak memperluaskan skop sekatan kepada sektor elektronik, pembuatan, maritim dan teknologi Cuba.
01:09Hubungan antara Cuba dan Amerika terus tegang berikutan sekatan ekonomi yang telah lama dikenakan Washington terhadap Havana.

Recommended