00:00Pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung
00:09tafsiran Perintah Pengampunan Besarat yang diperkenankan pada 18 September 2026.
00:16Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan perjumaat memaklumkan penangguhan itu dibuat susulan persoalan perundangan berhubung status bagi hukuman penjara Najib bagi
00:26kes SRC International selepas beliau menjelaskan denda RM50 juta.
00:34Menurut kenyataan itu terdapat dua tafsiran yang memerlukan penelitian lanjut termasuk sama ada pembayaran denda berkenaan hanya memenuhi komponen hukuman
00:44denda.
00:44Manakala hukuman penjara masih perlu dijalani sehingga 23 Ogos 2028.
00:52Satu lagi tafsiran pula menyatakan pembayaran denda RM50 juta merupakan syarat yang membolehkan pengampunan berkuatkuasa sepenuhnya sekaligus membawa maksud keseluruhan
01:04hukuman bagi kes SRC International termasuk hukuman penjara dianggap selesai.
01:10Persoalan itu turut melibatkan kesan Order of Discharge on Payment of Fine bertarikh 6 November 2026 yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi
01:20Kuala Lumpur selepas pembayaran denda berkenaan direkodkan.
01:23Jabatan Peguam Negara menjelaskan perintah mahkamah itu mengarahkan Najib dilepaskan serta merta namun pada masa sama menyatakan baki hukuman perlu
01:33dijalani menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 berdasarkan perintah pengampunan bersyarat.
01:41Dalam tempoh berkenaan, Jabatan Peguam Negara memaklumkan status penahanan Najib hendaklah dikekalkan di tempat tahanan sedia ada tertakluk kepada kuasa
01:51dan arahan pihak berkuasa yang berkenaan.
01:54Penangguhan itu juga bukan bertujuan mempertikaikan atau mengetepikan titah yang dipertuan agung sebaliknya bagi memastikan pelaksanaannya serta perintah mahkamah berkaitan
02:04dilaksanakan dengan tepat dan selaras dengan kedudukan undang-undang.
02:09Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya selepas penelitian dan penjelasan berhubung perkara itu selesai dilaksanakan.
Comments