Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Pensyarah kanan UiTM Sarawak, Dr Nadrawina Isnin berpendapat GPS tidak berdepan masalah untuk mengekalkan kemenangan dalam PRN Sarawak namun perlu memastikan penyandang kerusi DUN yang tidak mempamerkan prestasi baik digugurkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, pensyarahkanan Fakulti Sains, Pertabiran dan Pengajian Polisi UITM Cawangan Sarawak, Dr. Nadrawina Isnin, melihat Tansri Abang Johari Tun Openg
00:10sebagai kunci utama bagi gabungan parti Sarawak GPS untuk terus mendominasi Dun Sarawak.
00:16Dan ini berdasarkan konsistensi Abang Johari dalam memperjuangkan hak Sarawak selain usaha berterusan beliau membangunkan wilayah itu.
00:26Apabila beliau mengambil alih, tampuk pimpinan, banyak pembangunan fizikal, infrastruktur yang telah berlaku di Sarawak begitu pesat sekali.
00:37Dan bagi saya, ia merupakan satu perkembangan yang baik, pembangunan yang baik sebab kita nampak, kita nampak itu yang penting.
00:46Dan ini merupakan salah satu faktor yang boleh menjadi key points kepada macam mana voters boleh menilai performance of the
01:00political parties in GPS.
01:05Beliau bagaimanapun mengingatkan GPS mungkin dihukum pengundi sekiranya mengekalkan calon yang dilihat tidak menunjukkan prestasi baik sepanjang menjadi wakil rakyat.
01:15Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam Buletin Awani pada Jumaat.
Comments

Recommended