00:00Gabungan Parti Sarawak GPS menasihati parti-parti dari semenanjung
00:05supaya tidak mengambil pendekatan politik yang boleh menjejaskan hubungan kerjasama di peringkat persekutuan
00:10khususnya dengan bertanding menentang GPS dalam pilihan rakyat negeri PRN Sarawak ke-13.
00:17Ketua penerangannya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata
00:20parti-parti terbabit perlu melihat persaingan politik di Sarawak dalam konteks yang lebih luas
00:25mengambil kira keperluan kerjasama bagi memastikan kestabilan kerajaan pusat.
00:31Abdul Karim yang juga penyandang Adun Asarjaya berkata
00:35parti dari semenanjung mempunyai hak berkempen di Sarawak dalam kerangka demokrasi berparlimen.
00:40Bagaimanapun langkah tidak menentang GPS dilihat lebih baik bagi mengelakkan ketegangan politik.
00:46Well, we will open it up to them.
00:49But of course, a piece of reminder to all those that are going to contest against us.
00:56Look deeply.
00:59Election is not just about state.
01:02After this, we will be facing parliamentary election.
01:07After parliamentary election, you might need us also to bring stability to the government.
01:16That's why we have a unity government now.
01:19That is the reason why we are also in parliament.
01:22Menurut Abdul Karim, rekod pencapaian kerajaan negeri sepanjang pentadbiran Premier Sarawak,
01:27Tan Sri Abang Johari Tonopeng sejak 2017, amat membanggakan dan memanfaatkan rakyat.
01:33Antaranya peningkatan keupayaan kewangan negeri, penubuhan dana berdaulat Sarawak,
01:38pengambil alihan pelabuhan Bintulu, serta pembangunan infrastruktur seperti leburaya pesisir
01:43dan 22 jambatan yang disifatkan sebagai pemangkin perhubungan rakyat.
01:48Beliau berkata pencapaian itu menjadi asas keyakinan GPS meneruskan mandat yang diberikan rakyat,
01:54sekaligus menyifatkan pengundi Sarawak mampu menilai prestasi kerajaan
01:58tanpa perlu dipengaruhi persaingan politik dari luar.
02:01Abdul Karim berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di bangunan Baitul Makmur II, Kuching pada Jumaat.