Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Malaysia menduduki tangga keenam daripada 56 negara Komanwel dalam Indeks Kesediaan AI Belia Komanwel 2026, sekali gus muncul negara kedua terbaik di Asia selepas Singapura.
Transcript
00:00Malaysia menduduki tempat ke-6 daripada 56 negara Commonwealth dalam indeks kesediaan AI Belia Commonwealth 2026 mengatasi India, New Zealand
00:11dan Afrika Selatan dengan skor 69 daripada 100 mata.
00:16Kedudukan itu meletakkan Malaysia sebagai negara kedua terbaik di Asia dalam kalangan negara Commonwealth selepas Singapura.
00:26Menurut nota penyelidikan Air Think Tank antara kekuatan utama Malaysia ialah 41.9% golongan muda pernah menulis program komputer
00:34berdasarkan tinjauan isi rumah pada 2024, peratusan tertinggi dalam kalangan 10 negara teratas indeks perkenaan.
00:42Malaysia turut mencatatkan skor 8.6 daripada 10 bagi akses kepada teknologi dan 8.5 bagi keupayaan digital setiap AI.
00:51Keupayaan itu menjadi asas penting untuk kira-kira 8.9 juta golongan muda di negara ini memanfaatkan AI bagi membangunkan
00:58peniagaan dan meneroka peluang pekerjaan baru.
01:01Bagaimanapun, Malaysia masih berdepan kelemahan dalam aspek hak keselamatan dan penyertaan golongan muda apabila hanya memperoleh skor 3.8 daripada
01:1010 iaitu komponen terendah dalam penilaian tersebut.
01:13Kajian itu turut mendapati dasar guru kebangsaan yang diteliti tidak menyatakan AI secara jelas meskipun teknologi berkenaan sudah digunakan dalam
01:21sektor pendidikan.
01:23Dapatan itu menunjukkan keperluan memperkukuh pelindungan pengguna muda termasuk memastikan mereka mampu mempersoalkan dan menilai keputusan yang dibuat oleh sistem
01:32otomatik.
01:33Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan pada Oktober 2026 mengumumkan sasaran membangunkan 200,000 individu berkemahiran AI, membantu 4,000 perniagaan kecil
01:42menggunakan teknologi itu serta melatih 5,000 profesional AI.
01:47Program AI untuk Rakyat pula menyasarkan penyediaan akses kepada peralatan dan latihan AI kepada 100,000 belia Malaysia menjelang 2027.
01:55Pada masa sama, kerajaan menganggarkan penggunaan kecerdasan buatan AI berpotensi meningkatkan saiz ekonomi Malaysia sebanyak $9.4 bilion selepas tempoh
02:0610 tahun.
02:07Anggaran berkenaan merangkumi $4.7 bilion dalam senario konservatif dan sehingga $14.2 bilion dalam senario paling optimistik.

Recommended