Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
APAD melaksanakan peraturan penjualan tiket bas ekspres secara berfasa bagi memberi ruang persediaan teknikal kepada terminal dan pengendali. Pembelian melalui platform atau kaedah sedia ada masih dibenarkan sepanjang tempoh peralihan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peraturan penjualan tiket Bas Express melalui terminal bas berlisin dan platform dalam talian pengendali berdaftar akan dilaksanakan secara berfasa.
00:11Agensi Pengangkutan Awam Darat APAD memaklumkan pendekatan itu memberikan tempoh peralihan kepada pihak industri untuk membuat persediaan teknikal susulan tarikh
00:20kuatkuasa asal pada 1 November lalu.
00:24Persediaan berkenaan meliputi penyesuaian sistem tiket, integrasi platform digital dan penyelarasan operasi bagi memastikan perkhidmatan kepada pengguna tidak terjejas.
00:36Sepanjang tempoh peralihan, orang ramai masih boleh membeli dan menempah tiket Bas Express menggunakan platform atau kaedah sedia ada tertakluk
00:44kepada maklumat lanjut.
00:46Bagi tiket yang telah dibeli secara dalam talian, pengguna disarankan mendapatkan pengesahan dan menyelaraskan perjalanan melalui terminal bas berlisin atau
00:55saluran pembelian terlibat.
00:57Kementerian Pengangkutan dan APAD terus memantau perkembangan teknikal serta kesiapsiagaan industri bagi memastikan peralihan berjalan teratur.
01:07Ketetapan lanjut mengenai fasa pelaksanaan dan tarikh berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Recommended