Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
KCNA melaporkan Korea Utara menjalankan ujian sistem peluru berpandu pertahanan udara baharu pada Rabu. Korea Selatan dan Amerika Syarikat masih menganalisis pelancaran yang mungkin melibatkan beberapa jenis peluru berpandu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Laporan antarabangsa, Korea Utara menjalankan ujian sistem peluru berpandu pertahanan udara baharu
00:06serta latihan serangan peluru berpandu jelajah pada Rabu.
00:10Agensi berita KCNA melaporkan ujian itu mengesahkan spesifikasi teknikal dan keboleh percayaan bahan baharu
00:17serta pelbagai mod panduan yang digunakan peluru berpandu berkenaan.
00:22Menurut KCNA, ujian turut mengesahkan keupayaan sistem untuk mengenalpasti dan menjejak sasaran.
00:28Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata data pengesanan awal menunjukkan
00:34pelancaran itu mungkin melibatkan beberapa jenis peluru berpandu.
00:38Beliau memaklumkan Seoul dan Washington masih menganalisis pelancaran berkenaan.
00:43Penjelasan itu diberikan pada Suda Media Khamis ketika menjawab persoalan mengapa Korea Selatan
00:48belum mendedahkan butiran lanjut mengenai pelancaran tersebut.

Recommended