Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan usaha menjalankan ujian klinikal terhadap dua vaksin baharu dalam usaha membendung penularan wabak Ebola di benua Afrika.
Transcript
00:00Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengesyorkan usaha menjalankan ujian klinikal terhadap dua vaksin baharu dalam usaha membendung penularan wabak Ebola di
00:11benua Afrika.
00:12Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, dua vaksin baharu yang dicarangkan ialah Chadox 1 BDBV dibangunkan Universiti Oxford dengan
00:22kerjasama Serum Institute of India serta mRNA 1469 Keluaran Moderna.
00:31Kedua-dua vaksin itu dibangunkan khusus bagi menangani penularan serin Bundi Bujo.
00:37Menurut Tedros, Institut Penyelidikan Bioperubatan Kebangsaan DRC mengetuai ujian klinikal itu dengan sokongan WHO dan beberapa rakan kerjasama lain.
00:48Beliau menegaskan vaksin merupakan kaedah penting membendung wabak namun langkah kesihatan awam yang terbukti berkesan perlu terus dilaksanakan.
00:55Langkah itu termasuk rawatan awal, pengesanan kontak rapat, pengasingan pesakit dan pengurusan pengembumian selamat.
01:03Sebelum itu, Tedros berkata ujian klinikal menggunakan vaksin Irvivo telah dimulakan bulan lalu.
01:09Vaksin itu diluluskan bagi mencegah Ebola namun belum diluluskan bagi serin Bundi Bujo yang sedang merebak di Republik Demokratik Kongo.
01:18Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika memaklumkan pada Isnin bahawa wabak Ebola meragut lebih 5,300 nyawa di
01:26benua itu dengan majoriti kematian dilaporkan di Kongo.

Recommended