00:00Dua lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Magistret Kanga atas pertuduhan membunuh seorang anggota agensi penguatkuasaan maritim Malaysia di perairan
00:10Sungai Padang minggu lalu.
00:11Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua tertuduh iaitu Pradid Rimad serta Rochachan Tehpuyu yang masing-masing berusia 22 dan 21
00:22tahun.
00:23Sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Magistret Ana Rozana Muhammad Nur berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:33Mengikut pertuduhan kedua-dua lelaki yang berasal dari wilayah Satun, Thailand itu didakwa bersama-sama mencapai niat melakukan bunuh terhadap
00:42Laskar Kelas 1 Maritim Muhammad Roshaymi Muhammad Ridwan.
00:45Kesalahan itu didakwa dilakukan perhampiran JT Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Sungai Padang, Kuala Perlis antara pukul 11 malam pada 26
00:53Oktober hingga 1.30 pagi 27 Oktober lalu.
00:58Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama.
01:05Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta
01:13dikenakan tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dihukum mati.
01:17Mahkamah menetapkan 5 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen laporan kimia dan berdasar siasat.