00:00Perdana Menteri New Zealand Christopher Luzon memburu penggal kedua dalam pilihan raya Sabtu ini ketika sokongan peribadinya merosot dan ekonomi
00:09negara masih lemah.
00:10Luzon, 56 tahun, turut berdepan dua cabaran terbuka terhadap kepimpinannya dari dalam parti nasional sepanjang tahun lalu namun berjaya mempertahankan
00:19kerudukan.
00:21Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand itu memasuki Parlimen pada 2020 sebelum menjadi pemimpin parti nasional pada hujung 2021.
00:31Beliau membawa partinya kembali berkuasa pada 2023 menamatkan enam tahun pentadbiran pimpinan parti buruh.
00:39Bagaimanapun, penggal pertamanya dibayangi tekanan kosara hidup, pertumbuhan ekonomi lemah dan ketegangan dalam kerajaan gabungan bersama Act New Zealand serta
00:48New Zealand First.
00:49Luzon berjanji mengawal hutang kerajaan mengurangkan beban peraturan dan merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meringankan tekanan isi rumah berpendapatan sederhana.
00:58Namun, peningkatan pengangguran dan kemerosotan populariti kerajaan membuka ruang kepada parti buruh yang mencatat peningkatan sokongan dalam tinjauan sejak beberapa
01:08bulan kebelakangan ini.
01:10Sebagai jutawan yang memiliki beberapa hartanah, Luzon turut berdepan kritikan bahawa beliau kurang memahami kesukaran hidup pengundi biasa.