Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Situasi di Malaysia juga berbeza berbanding beberapa negara luar yang berdepan keadaan cuaca ekstrem seperti musim sejuk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan dalam negara kekal stabil dan tidak terjejas meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik, global serta ancaman
00:10musim tengkujuh.
00:11Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kausar Hidup Dato' Armizan Muhammad Ali berkata pelbagai langkah persediaan sudah dilaksanakan menerusi penyelarasan antara
00:19agensi di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara, M10.
00:30Kerajaan mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan ancaman itu meliputi pelbagai yang juga disebutkan tentang bekalan ada negara-negara
00:44tertentu yang membuat nasihat kepada rakyat mereka untuk membuat simpanan stockpiling dan sebagainya.
00:53Namun kita melihat isu ini telah bermula bila mana berlakunya konflik Asia Barat selain daripada konflik geopolitik yang lain.
01:03Namun dengan pendekatan yang kita laksanakan dalam negara merantasi pelbagai pihak yang disekretikan oleh M10, kita telah berupaya untuk memastikan
01:16rantai bekalan itu tidak terganggu.
01:18Menurut Armizan, situasi di Malaysia juga berbeza berbanding beberapa negara luar yang berdepan keadaan cuaca ekstrim seperti musim sejuk.
01:27Armizan terus meminta orang ramai sebab tidak melakukan pembelian panik kerana kerajaan sentiasa bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
01:35Tambahnya lagi, mekanisme penyelarasan sama akan diteruskan bagi memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi sepanjang musim tengkujur.

Recommended