Skip to playerSkip to main content
Dua syarikat pembekal bahan api, Petron dan Chevron pemilik jenama Caltex, telah mula melaksanakan pembayaran ganti rugi secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin, susulan isu pencemaran petrol RON95.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kedua-dua syarikat minyak tersebut, telah memulakan tindakan susulan melibatkan aduan kerosakan yang disahkan sahih sementara siasatan terperinci masih berjalan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803343/berita/nasional/caltex-petron-bayar-pampasan-ihsan-kepada-pemilik-kenderaan-terjejas-ron95---armizan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdekwanrakyat #isuRON95bercampurair

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koal Sarai Hidup KPDN telah mengambil tindakan segera ke atas aduan berhubung dakwaan
00:07bahan api petrol R95 mengandungi bahan asing yang telah menyebabkan kerosakan kepada enjin kenderaan pengguna di beberapa negeri.
00:17Aduan telah diterima oleh KPDN bermula 3 Oktober 2026.
00:22Sesulan daripada itu, pegawai penguatkuasa KPDN telah bertindak menjalankan siasatan di stesen-stesen minyak berkenaan
00:30dan mengambil sampel bahan api untuk dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia.
00:36Sehingga 31 Oktober 2026, pemeriksaan melibatkan 8 jenama stesen minyak di 8 buah negeri dan 3 depo syarikat minyak.
00:45Sebanyak 262 sampel Petron R95 telah diambil, merangkumi 259 sampel di stesen minyak dan 3 sampel di depo syarikat minyak.
00:59Kesemua sampel berkenaan telah dihantar secara berperingkat kepada Jabatan Kimia Malaysia
01:04untuk dianalisis bagi mengesan sebarang unsur kehadiran air dan bahan asing yang lain.
01:12Mengambil kira analisis bagi keseluruhan benda sing akan mengambil masa,
01:17tumpuan segera diberikan kepada analisis bagi parameter pengesanan air.
01:24Laporan awal dengan izin preliminary report bertarik 29 Oktober 2026 melibatkan 43 sampel telah diterima daripada Jabatan Kimia.
01:35Menurut laporan awal tersebut, keputusan analisis bagi kesemua 43 sampel menunjukkan kandungan air dalam sampel petrol
01:46adalah kurang daripada 0.05% yang bermaksud kandungan air adalah di bawah had pengesanan minimum nilai yang dapat dilaporkan.
01:57Daki sampel yang lain masih dalam proses analisis dan laporan penuh akan dikeluarkan selepas semua sampel selesai dianalisis oleh Jabatan
02:07Kimia.
02:08Pada masa yang sama, KPDN turut mengadakan sesi libat urus dengan syarikat minyak Petron dan Chevron
02:14memiliki jenama Caltex pada 9 dan 21 Oktober 2026
02:19bagi mengenalpasti punca isu pencemaran kualiti bahan api tersebut.
02:24Selain daripada tindakan di pihak KPDN melalui Jabatan Kimia,
02:29kedua-dua syarikat minyak berkenan telah mengambil tindakan menghantar sampel petrol Ronan T5
02:35bagi stesen-stesen yang terlibat dalam aduan ke makmal masing-masing termasuk di luar negara untuk tujuan pengujian.
02:43Dalam pada siasatan masih berlangsung, kedua-dua syarikat minyak juga telah mula melaksanakan tindakan susulan
02:50yang melibatkan aduan kerosakan kenderaan yang sahih.
02:54Pihak Caltex dan Petron telah merangka program pemulihan pelanggan melalui program bantuan
02:59yang melibatkan pembayaran secara ihsan.
03:03Goodwill basis berpandukan kriteria yang telah ditetapkan
03:06tanpa sebarang pengakuan terhadap kesalahan atau liability di peringkat ini.
03:12Pembayaran tersebut akan diberikan kepada pelanggan yang telah mengemukakan aduan
03:16lengkap berserta dokumen sokongan yang sah.
03:20Sungguh pun isu-isu berbangkit hanya melibatkan sesen-sesen minyak tertentu.
03:25KPD yang mengambil perhatian serius dan akan memastikan
03:28siasatan terperinci dilaksanakan melibatkan keseluruhan rantaian bekalan berkenaan.
03:34Setiap aduan akan disusul dengan siasatan segera
03:37dan jika terdapat sebarang kesalahan,
03:40tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa.
03:45Terima kasih.
03:45Terima kasih.
03:48Terima kasih.

Recommended