00:00Secara asasnya, kerajaan berpendirian untuk tidak mencampuri dasar pertahanan dan keselamatan negara lain, serta menghormati hak setiap negara berdaulat untuk
00:11menentukan dasar pertahanannya.
00:13Namun begitu, ini sama sekali tidak bermakna yang kita tidak memberi perhatian serius dan membuat persediaan yang sewajarnya, apatah lagi
00:26usaha mengekalkan kestabilan dan keselamatan di Laut Cina Selatan, terutamanya, merupakan sesuatu yang rumit dan semakin kompleks.
00:37Bagi negara kita, langkah-langkah yang kita ambil dilakukan di sekurang-kurangnya tiga peringkat, iaitu unilateral, bilateral dan multilateral.
00:49Bagi langkah yang bersifat unilateral, iaitu persediaan di peringkat Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, kita memperkukuhkan kesiagaan angkatan tentera kita
01:03melalui empat pendekatan utama.
01:05Pertama, pemodenan aset dan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia secara berterusan.
01:17Kedua, memantapkan latihan dan pembangunan kapasiti anggota, ATM, agar sentiasa bersedia dan berupaya berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran semasa.
01:29Ketiga, memperaga dan memperkukuh kehadiran negara dengan izin show of presence yang dibuat melalui rondaan dan pemantauan berterusan di semua
01:39perairan negara,
01:40sama ada menerusi Operasi Tunggal Tentera Laut di Raja Malaysia dan Operasi Bersepadu TLDM bersama Tentera Udara di Raja Malaysia,
01:51serta operasi lain bersekali dengan Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia.
01:58Keempat, membangunkan daya tahan dan daya rintang masyarakat atau dengan izin yang dipertua,
02:05the people's resilience and resistance.
02:08Keempat-empat pendekatan ini secara bersama membentuk keupayaan negara,
02:15mencegah ancaman secara kredibel dan berwibawa atau dengan izin, kredibel deterrence.
02:23Walaubagaimanapun, kita sangat sedar bahawa tidak ada negara yang boleh bersendirian
02:28dalam berhadapan dengan cabaran di rantau Asia Pasifik, terutamanya di Laut Cina Selatan.
02:34Maka kerjasama dan diplomasi pertahanan di peringkat rantau ASEAN dan pentas global sangat penting,
02:44khususnya sebagai langkah menguruskan cabaran di Laut Cina Selatan.
02:49Sebelum itu adalah penting untuk kita memahami bahawa cabaran di Laut Cina Selatan hadir sekurang-kurangnya dalam dua bentuk.
02:57Pertama, pertikaian tuntutan bertindih antara negara anggota ASEAN seperti Malaysia,
03:04dan Vietnam serta Malaysia dan Filipina.
03:08Dan tuntutan bertindih negara Cina ke atas perairan sesetengah negara ASEAN termasuklah Malaysia.
03:18Kedua, keinginan dan persaingan kuasa-kuasa besar untuk hadir dan mendominasi perairan rantau ini.
03:26dan peningkatan kehadiran, terutamanya kedua-dua kuasa besar, Amerika dan China,
03:35menambah risiko salah tafsir yang boleh merebak menjadi konflik lebih besar.
03:41Bagi berhadapan dengan cabaran-cabaran ini,
03:46antara langkah yang kita tumpukan termasuklah,
03:48pertama, mempelbagai dan mengukuh diplomasi pertahanan melalui kerjasama bilateral
03:54dengan negara-negara sahabat yang diyakini dan dipercayai,
04:01seperti Jepun, Thailand, Australia, Germany dan banyak negara lain.
04:07Fokus kerjasama ini adalah perkongsian maklumat,
04:12pemindahan kepakaran,
04:14pembangunan kapasiti serta pelaksanaan eksersis dan operasi berjadual
04:19bagi meningkatkan maritime domain awareness.
04:23Kedua, mengukuhkan kerjasama dan diplomasi pertahanan secara multilateral.
04:28Ini termasuklah melalui platform ASEAN Defense Minister's Meeting, ADMM,
04:34yang melibatkan semua Menteri Pertahanan ASEAN,
04:38ADMM Plus yang melibatkan negara ASEAN dan 8 negara lain
04:43seperti Amerika, Syarikat, China, Korea Selatan, New Zealand dan Rusia
04:47dan Five Power Defense Arrangement, FPDA dengan izin
04:53yang melibatkan 5 negara, termasuklah negara kita, UK, Singapura, Australia dan juga New Zealand.
05:03Melalui platform ini,
05:06yang menyediakan forum diplomasi dan dialog
05:09untuk memelihara kestabilan dan keselamatan rantau ini,
05:15Malaysia sentiasa mendegaskan pendirian kita bahawa
05:18keamanan dan kestabilan Asia Pasifik hanya dapat dipelihara melalui ASEAN,
05:24ASEAN yang aman, stabil dan bersatu.
05:27maknanya adanya solidariti serantau,
05:31maknanya ASEAN tidak boleh berpecah
05:33kalau ingin menangani semua cabaran ini.
05:38Malaysia berpendirian bahawa untuk Asia Tenggara kekal sebagai
05:41zon aman, bebas dan berkecuali,
05:45kita mesti mengambil pendekatan yang neutral
05:47ataupun centrality ASEAN,
05:50tetapi tegas dan berimbang.
05:52mana-mana negara yang ingin berurusan dengan ASEAN
05:55perlu menghormati prinsip dan komitmen
05:58yang terkandung dalam perjanjian persahabatan
06:01dan kerjasama di Asia Tenggara
06:04dan pada masa yang sama,
06:06semua negara itu juga mesti menghormati
06:09undang-undang antarabangsa,
06:11terutamanya UNCLOS,
06:13United Nations Convention on the Law of the Sea.
06:17Terima kasih kerana menonton!