00:00Soalan saya, apakah jaminan kerajaan bahawa pemangsuhan AUKU bukan sekadar memberikan kebebasan siar teori
00:10tetapi benar-benar menjamin hak mahasiswa untuk bersuara, mengkritik dasar kerajaan
00:18dan menyatakan perbezaan pandangan politik tanpa rasa takut dikenakan tindakan tata tertib oleh pihak universiti.
00:27Soalan kedua, sejauh manakah akta baru ini akan memberikan otonomi sebenar kepada universiti
00:36khususnya dalam pelantikan Naib Chancellor dan Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Keuangan serta Keputusan Akademi.
00:47Silakan Menteri untuk menjawab.
00:54Seperti yang kita telah sebutkan awal tadi, pemangsuhan AUKU ini tidak seharusnya dilihat secara terasing.
01:00Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperbaharui,
01:05untuk kita laksanakan reformasi yang menyeluruh terhadap kerangka perundangan pendidikan tinggi negara sendiri.
01:13Dan dalam hubungan ini, kita memang sedang meneliti antara lainnya bagaimana untuk kita menyelaraskan tujuh akta utama
01:21yang berkait dengan pendidikan tinggi negara ini.
01:25Bagaimana untuk kita semak, selaras dan harmonikan dalam pembangunan kerangka perundangan baru.
01:30Dan secara umumnya, kita juga pastikan bahawa ada jaminan daripada kerajaan,
01:37kerangka baru ini adalah memang bertujuan untuk mengukuhkan otonomi universiti, kebebasan akademik serta hak mahasiswa.
01:45Dan perkara ini adalah pertimbangan yang mustahak.
01:48Ini pertimbangan utama dalam pembangunan AUKU.
01:51Kita pastikan bahawa dalam tempoh kita membangunkan akta baru ini,
01:56kita menjalankan proses konsultasi yang meliputi semua sektor pemegang taruh
02:03daripada mahasiswa, ahli akademik dan juga pakar-pakar perundangan.
02:07Ini bagi tujuan untuk kita membangunkan sebuah akta yang boleh dilihat sebagai tanda dan juga komitmen
02:14dekat reformasi terhadap akta pendidikan tinggi yang baru.
02:18Tidak hanya menggantikan AUKU dengan satu lagi akta yang akhirnya mengekang kebebasan mahasiswa,
02:24universiti dan juga ahli-ahli akademik kita di universiti.
02:27kita mengambil kira semua kritikan, pandangan dan juga tentu sekali buah fikiran
02:33yang telahpun dilontarkan dan proses konsultasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa
02:38dan kita turut akan melibatkan ahli-ahli parlimen serta semua yang lain
02:42yang bakal terlibat nanti insyaAllah.
02:44Terima kasih.