Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata JAWHAR sedang mengkaji garis panduan perkhidmatan badal haji, termasuk penawaran oleh syarikat dan individu, sebelum dibentangkan kepada MKI untuk dijadikan rujukan masyarakat. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saudi telah menetapkan dasar
00:01La haja bila tasrih
00:04yang bermaksud tiada haji tanpa permit
00:06dengan menetapkan peraturan yang ketat
00:09bagi pelaksanaan ibadah haji termasuk
00:11keperluan memiliki visa dan permit haji yang sah
00:14selaras dengan ketetapan tersebut
00:16lembaga tamu haji telah melancarkan kempen
00:19tiada visa, tiada haji
00:21termasuk bagi individu yang ingin melaksanakan
00:24badan haji bagi pihak orang lain
00:26ketetapan ini perlu diberikan perhatian serius
00:28kerana pelaksanaan badan haji
00:30bukan saja tertakluk kepada syarat dan peraturan
00:33kerajaan Arab Saudi
00:34malah melibatkan kos yang tinggi
00:36justru penawaran perkhidmatan badan haji
00:40pada harga yang terlalu rendah
00:41menimbulkan persoalan mengenai kesahihan
00:44dan keboleh laksanaan perkhidmatan tersebut
00:47sekaligus meningkatkan risiko masyarakat
00:50menjadi mangsa penipuan
00:51berhubung dengan mekanisme semakan awal
00:54seperti yang dibangkitkan oleh yang berhormat Kuala Kerai
00:57kerajaan melalui Jabatan Wakaf Zakat dan Haji Jauhar
01:01sedang melaksanakan kajian untuk mewujudkan
01:04garis panduan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan badan haji
01:08termasuk meneliti aspek keboleh laksanaan perkhidmatan
01:12yang ditawarkan oleh syarikat maupun individu
01:16sebagaimana yang diputuskan oleh jawatan kuasa
01:19muzakarah majlis kebangsaan
01:20bagi hal ehwal agama Islam Malaysia MKI
01:23hasil kajian ini
01:25satu garis panduan akan dibentangkan kepada MKI
01:28sebelum dijadikan rujukan kepada masyarakat
01:31dalam masa yang sama
01:33Jauhar dan Tabung Haji juga
01:35akan terus mempergiatkan
01:37penerangan, kesedaran dan hebahan
01:39melalui tazkira di masjid dan surau
01:42kampen di media sosial
01:44dan siri jelajah ke seluruh Malaysia
01:47di kesempatan ini
01:48masyarakat dinasihatkan
01:50supaya menyemak latar belakang
01:52penyedia perkhidmatan
01:54kesahian tawaran dan maklumat
01:56penerima bayaran sebelum membuat sebarang transaksi
01:59sebarang aduan berhubung penawaran perkhidmatan
02:02yang mengelirukan
02:03atau berunsur penipuan
02:05boleh dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan
02:08untuk tindakan mengikut peruntukan undang-undang
02:10yang berkuat kuasa
02:12kerajaan membandang serius
02:14sebarang bentuk penipuan yang mempergunakan
02:17urusan ibadah untuk mengawal keuntungan
02:19justru usaha memperkukuh garis panduan
02:23meningkatkan kesedaran masyarakat
02:25serta kerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan
02:28akan terus diberikan perhatian
02:29bagi melindungi kepentingan umat
02:32umat Islam dan mengelakkan masyarakat
02:34daripada menjadi mangsa penipuan
02:36perkhidmatan badan haji
02:38sekian terima kasih
02:39terima kasih kerana menonton!

Recommended