00:00Kerajaan menyalurkan imbuhan RM4.26 juta kepada atlet dan jurulatih yang meraih pingat pada tiga temasha sukan utama tahun ini.
00:09Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari berkata jumlah itu melibatkan pencapaian di Sukan Commonwealth Glasgow, Sukan Asia dan
00:17Sukan Para Asia Aichi Nagoya.
00:22Daripada jumlah berkenaan, RM3.55 juta disalurkan kepada atlet menerusi skim hadiah kemenangan Sukan, manakala RM710,000 kepada jurulatih menerusi
00:34skim galakkan jurulatih.
00:36Beliau menyifatkan insentif itu sebagai simbol penghargaan negara terhadap pengorbanan, disiplin dan kecemerlangan atlet serta jurulatih.
00:44Jagoh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizul Hasni Awang antara penerima tertinggi bagi kategori penghargaan khas dengan ganjaran RM180,000.
00:55Sementara itu, Jagoh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romli pula, menerima RM160,000.
01:02Pada Sukan Commonwealth Glasgow, Malaysia meraih 8 emas, 3 perak dan 5 gangsa, sekaligus melepasi sasaran 5 emas.
01:10Di Sukan Asia Aichi Nagoya, kontingen negara membawa pulang 9 emas, 7 perak dan 16 gangsa untuk menyamai rekod terbaik
01:19di Guangzhou 2010.
01:21Kontingen Sukan para Asia turut mencapai sasaran 6 emas pada timasya yang berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober lalu.