00:00Badal haji ini satu ibadah yang sangat baik, atas niat yang baik daripada mana-mana ahli keluarga untuk ibu ataupun
00:08bapa mereka.
00:10Tetapi benda ini mudah diseleweng kerana bila dah bayar, pergi ke Mekah, siapa-siapa pun boleh buat dan siapa-siapa
00:19juga boleh menipu di sana, tidak ada kawalan dan sebagainya.
00:22Jadi soalan saya, mengapa tidak tabung haji sendiri yang menawarkan perkhidmatan badal haji ini?
00:31Silakan Menteri.
00:33Terima kasih yang berhormat. Seperti yang saya jawab tadi, kerajaan sedang memperhalusi perkara ini dan saya mohon untuk memberikan ruang
00:43kepada kerajaan untuk mengemaskini agar kita boleh menyediakan panduan-panduan khusus untuk perkhidmatan badal haji.
00:54Dan seperti yang YB sebutkan tadi, kenapa tidak tabung haji sendiri yang menawarkan badal haji?
00:59Saya ingin menegaskannya, sekiranya tabung haji sendiri tidak menawarkan perkhidmatan badal haji, bagaimana mungkin pihak-pihak lain di luar sana
01:07boleh menawarkan perkhidmatan yang tidak ditawarkan oleh tabung haji sendiri?
01:11Jadi saya mohon sekali lagi berhati-hati dan pihak kerajaan sedang mengambil serius tentang perkara ini, kajian sedang dijalankan, insyaAllah
01:21garis panduan akan dibentangkan kepada MKI, doakan kajian ini berjalan dengan lancar insyaAllah.
01:26Dan saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan sentiasa memandang serius tentang isu badal haji ini, sebab itu jawhar
01:35sedang melakukan tugas dan tanggungjawab mereka untuk memastikan garis panduan yang disiapkan ini akan memberikan sesuatu yang dapat membantu kerajaan
01:47dan di pihak masyarakat agar ibadah badal haji ini dapat kita laksanakan dengan sebaiknya insyaAllah.
01:53Sekian terima kasih.